XPARK Sunway Iskandar Johor - 5 Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Buat Di Sini

October 19, 2020 - 05:15 PM


XPARK Sunway Iskandar merupakan salah satu extreme park terbesar di Malaysia. Ianya terletak di kawasan Sunway Iskandar, Johor, bersebelahan dengan Sunway Big Box. Berkeluasan sebesar 32 ekar, tempat ini penuh dengan pelbagai aktivitin menarik dan unik untuk korang.

Untuk korang yang tak tahu, ia juga merupakan theme park pertama yang ada aktiviti berkaitan motorsikal di Malaysia. Terdapat beberapa aktiviti yang korang boleh buat di XPark ni, jom kita tengok apa yang boleh dilakukan.

 

AquaWalk

Gabungan skuba diving dan snorkeling, korang boleh berjalan di dalam air tanpa perlu risau keselamatan korang. Setiap orang akan memakan helmet bersaiz besar yang seolah-olah kelihatan seperti helmet angkasawan. Memang korang tak akan jumpa pengalaman ni di tempat lain.

 

Bubbleball Futsal

Boring dengan aktiviti futsal yang sama setiap hari? Jom main futsal dalam bubble ball, pasti korang akan tergolek sana sini bila terlanggar orang lain. Memang seronok main dalam suit bubbleball ni.

 

Motocross Tracks

Kalau korang ada dirt bike di rumah dan tak pakai, bolehlah pergi ke XPark ni. Di sini ada track ang sangat sesuai untuk dirt bike dan korang boleh ride sepuas hati korang. Tapi ingat, hanya ada trek untuk mereka yang dah ada motor sendiri sahaja. Tiada sewaan motor di sini.

 

Glamping

Kalau korang teringin sangat nak pergi camping tapi tak boleh tinggalkan kemudahan moden, korang cubalah glamping. Di XPARK, mereka ada menyediakan kawasan glamping untuk pengunjung, memang cantik dan tersusun tapak glamping di sini.

 

Kayak

Di XPARK ada sebuah tasik yang sangat cantik lagi-lagi waktu sunset. Kalau korang nak berkayak, naik swan boat, atau paddle boat, korang akan enjoy dengan view yang ada di sini. Memang best dan menenangkan jiwa.

 

Jadi itulah dia aktiviti-aktiviti menarik yang korang boleh buat di XPARK, Sunway Iskandar. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang aktiviti lain yang ada di lokasi ni, bolehlah pergi ke laman web mereka.

 

Laman Web

Destination: