Zipline Masuk Ke Dalam Mulut Godzilla Di Muzium Godzilla Jepun
Untuk korang yang tak tahu, Godzilla merupakan salah satu karakter yang sangat ikonik di negara Jepun. Status Godzilla sudah hampir sama dengan Mickey Mouse di USA dari segi populariti di negara tersebut. Godzilla sangat terkenal hinggakan mereka membina satu muzium khas hanya untuk karakter tersebut di Pulau Awaji. Dan ianya sangat awesome!
Di muzium ini terdapat 80 figura Godzilla dan props sebenar yang digunakan dalam penggambaran filem Shin Godzilla dan Godzilla: Tokyo SOS.
Seperti tajuk di atas, tarikan utama di muzium ini adalah replika Godzilla 1:1 di mana korang boleh zipline (flying fox) masuk ke dalam mulut replika tersebut. Percaya la, bila dah dekat atas tu korang akan ternganga dengan kebesaran saiz replika ni.
Selain itu terdapat juga makanan yang menggunakan tema Godzilla. Walaupun kelihatan agak pelik, tetapi review mereka yang dah cuba makanan tersebut adalah positif. Bukan Godzilla sahaja, raksasa lain di dalam franchise tersebut juga mendapat makanan tema tersendiri seperti Mothra, raksasa rama-rama yang melawan Godzilla.
Terdapat pelbagai aktiviti di sini seperti melakonkan watak saintis di "Godzilla Interception Operation-National Godzilla Awajishima Research Center" bagi menenangkan Godzilla yang sedang mengamuk. Ada juga game tembak-tembak di mana korang perlu mengelak dari serangan raksasa tersebut dan menembak Godzilla menggunakan pistol istimewa.
Selain itu, seperti muzium lain di luar sana, korang boleh melihat pelbagai pameran figura dan sejarah Godzilla di Jepun. Rasa seronok pula kan dengar pasal muzium ni? Harapnya pandemik ini akan berakhir tidak lama lagi dan kita semua boleh merasai pengalaman bercuti di Jepun.