"Boleh Kahwin Dua Ke?" - Netizen Hairan Tauke Mi Kolok Di Sarawak Kahwini Dua Wanita Sekaligus
TERKINIIsu yang membabitkan kahwin dua atau poligami sering dikaitkan dengan orang muslim lantaran ia adalah sesuatu perkara yang dibenarkan oleh Islam.
Namun isu tersebut menjadi perhatian apabila tular satu gambar perkahwinan yang menunjukkan seorang lelaki yang bukan bergama Islam berkahwin dengan dua orang wanita sekaligus.
Jatuh cinta dgn dua wanita,
— MYNEWSHUB (@mynewshub) March 12, 2024
taukeh mi kolok kahwini keduanya sekaligus.
Lim Soo Kien menikahi Ivy Ong dan Dewi Kartika di sebuah restoran di JIn Simpang Tiga, Kuching malam tadi.
Kredit ➡️ Borneo Network pic.twitter.com/sYplCp3JMf
Berdasarkan gambar yang dikongsikan, kelihatan seorang lelaki China bersama dua wanita dalam sebuah perkahwinan di Kuching, Sarawak.
Hal tersebut menimbulkan pertanyaan dan perdebatan mengenai poligami bagi kaum bukan muslim di Malaysia lantaran ramai yang menyangka hanya orang lelaki Islam sahaja yang dibenarkan berkahwin lebih dari seorang.
Melihat ke ruangan komen, ramai warga internet mempersoalkan mengenai kesahihan perkahwinan tersebut terutamanya dalam komuniti non-Muslim di Malaysia.
Sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi dari pihak berwajib atau dari kedua pasangan yang terlibat dalam pernikahan tersebut.
Sumber: X & Borneo Network