"Demi Nasi Lemak Favorit!" - Lelaki Sanggup Bayar Tunggakan Sewa Kedai 1 Tahun

TERKINI
December 21, 2023 - 02:00 PM


Adat dalam dunia perniaggan sudah pasti ada pasang surutnya. Lebih-lebih lagi ketika krisis ekonomi yang tidak menentu sedang berlaku bukan sahaja dalam negara kita bahkan luar negara. Namun, kita sanggup berbelanja demi dapatkan apa sahaja yang menyenangkan hati kita.

Itu yang dilakukan oleh seorang lelaki Sunny Coco, yang sanggup melunaskan melunaskan tunggakan setahun untuk sebuah kedai nasi lemak kegemarannya di Kulai Johor.

Menerusi perkongsian di Facebook oleh individu sebagai Sunny Coco, dia merasa terkilan apabila kedai nasi lemak kegemarannya terpaksa ditutup kerana gagal membayar sewa.

Difahamkan, kegagalan berbuat sedemikian berpunca daripada kesukaran untuk mendapatkan pelanggan memandangkan tiada lagi bas berhenti di situ lagi.

Oleh kerana pelanggan mula berkurang, pemilik gerai berkenaan tidak dapat meraih keuntungan seterusnya gagal melunaskan tunggakan bayaran sewa selama setahun.

Pengusaha nasi lemak kemudian menerima surat amaran daripada pemilik premis yang mengarahkannya berhenti beroperasi dan mengosongkan gerai secepat mungkin.

Sebaik sahaja mendengar khabar sedih tersebut, Sunny Coco tanpa berlengah terus mengeluarkan wang daripada poketnya sendiri untuk membayar tunggakan sewa itu.

“Saya makan nasi lemak ini sejak umur 7 tahun. Mereka mula berniaga sejak zaman Datuk dan sekarang sudah sampai generasi ketiga. Disebabkan bas tidak berhenti di sini, pelanggannya sudah kurang.

“Terdapat tunggakan sewa kedai selama setahun. Mak Cik menangis dan beritahu pihak bangunan sudah keluar surat amaran dan suruh dia berhenti. Tanpa memikir, saya serahkan wang tunai dan minta dia pergi bayar.

“Saya sangat marah kerana gerai usia 50 tahun diminta tutup. Saya suruh dia pergi bayar. Kalau mereka tak izin sambung sewa, saya akan marah mereka,” tulis Sunny Coco menerusi satu hantaran tular.

Lelaki berkenaan turut berikrar tidak akan berhenti membantu dan memastikan gerai nasi lemak milik ibu tunggal yang terletak di Kulai, Johor itu terus beroperasi.

“Ini adalah lauk kepunyaan orang Kulai yang telah bertahan selama tiga generasi, saya akan pastikan mereka terus berniaga.” Ulas Sunny Coco.

Tahniah Abang Sunny Coco, abang betul-betul pamerkan sikap 1 Malaysia! Ceywahhhh

Destination: