Letusan Gunung Berapi Ruang: Flight Ke Sabah & Sarawak Dibatalkan, Indonesia Umum Amaran Tsunami
TERKINIEkoran letusan gunung berapi Ruang di Indonesia, dua syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines dan AirAsia telah membatalkan beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah serta Sarawak.
Sebanyak 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur dan lapan penerbangan Sarawak dan Kuala Lumpur yang dibatalkan oleh Malaysia Airlines
"Memandangkan keadaan berubah-ubah, Malaysia Airlines akan terus memantau secara dekat sebarang perkembangan terkini. Maklumat lanjut mengenai pembatalan penerbangan akan dikemas kini dan dimaklumkan terus kepada penumpang yang terjejas," katanya.
Important Travel Update:
— Malaysia Airlines (@MAS) April 18, 2024
Malaysia Airlines has suspended several flights to/from KL International Airport (KUL) to Sabah and Sarawak today, 18 April 2024 due to the volcanic eruption at Mount Ruang, Indonesia.
Our priority is your safety. We're closely monitoring the situation…
Malaysia Airlines sedang berusaha membantu penumpang yang terjejas akibat pembatalan kepada penerbangan alternatif sebaik sahaja keadaan bertambah baik.
"Penumpang diminta untuk mengemas kini butiran hubungan mereka melalui My Booking di laman web Malaysia Airlines untuk menerima kemas kini dari semasa ke semasa melalui e-mel dan SMS.
"Keselamatan penumpang dan anak kapal menjadi keutamaan kepada Malaysia Airlines," katanya.
AirAsia pula membatalkan 16 penerbangan dengan semua penumpang terjejas boleh perubahan sekali kepada mana-mana tarikh perjalanan baharu dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas asal pada laluan yang sama tanpa kos tambahan, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.
Sekurang-kurangnya 800 penduduk di Wilayah Sulawesi Utara dipindahkan susulan Gunung Ruang meletus. Gunung berapi yang terletak di Pulau Ruang, kira-kira 100 kilometer dari ibu kota wilayah Manado, meletus lebih tiga kali sejak semalam.
Gunung Ruang North Sulawesi erupted pic.twitter.com/fe8k8KPqJB
— @ (@anthraxxx781) April 18, 2024
🚨 Breaking news, Penampakan erupsi Gunung Ruang keluarkan lava beserta kilat, ratusan warga dievakuasi
— ruang lifehack (@risesknight121) April 17, 2024
📍Tagulandang, Kabupten Sitaro, Prov. Sulawesi Utara pic.twitter.com/cHCf4mmXZ9
Selain daripada pembatalan penerbangan Sabah dan Sarawak, pihak berkuasa Indonesia juga telah mengeluarkan amaran tsunami.
Beberapa pegawai berkata, mereka bimbang sebahagian daripada gunung berapi itu mungkin runtuh ke dalam laut dan menyebabkan tsunami seperti yang berlaku pada 1871.
Pulau Tagulandang di perairan timur laut Gunung Ruang sekali lagi berdepan risiko dilanda tsunami, yang memaksa penduduknya berpindah.
Tahap amaran untuk gunung berapi setinggi 725 meter di atas paras laut itu ditingkatkan daripada tiga kepada empat semalam sekali gus tertinggi dalam sistem amaran bencana empat peringkat.
“Berdasarkan pemerhatian visual dan bacaan yang menunjukkan peningkatan dalam aktiviti gunung berapi, paras amaran Gunung Ruang dinaikkan daripada tahap tiga kepada tahap empat,” kata Ketua Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Hendra Gunawan dalam satu kenyataan.
Sumber: Berita Harian, Kosmo & X