Pengasuh Al Fateh Akhirnya Didakwa Atas Tuduhan Membunuh

TERKINI
September 12, 2024 - 06:17 PM


Pengasuh wanita yang dipercayai menyebabkan kematian bayi lelaki berusia lapan bulan, Muhammad Al Fateh Amri Mohd. Fikry Amri di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) pada 6 September lalu akan didakwa atas pertuduhan membunuh di Mahkamah Majistret Alor Gajah, esok.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, kertas siasatan telah dilengkapkan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya.

“Arahan untuk pendakwaan telah dikeluarkan dan suspek yang berusia 34 tahun itu akan dituduh pada pukul 9 pagi esok di Mahkamah Alor Gajah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Jika sabit salah dia boleh dikenakan hukuman mati atau penjara bagi tempoh tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang 12 kali,” katanya.

Destination: