"Restoran Ini Hanya Terima Manusia, Anjing & Kucing!" - Tauke Restoran Vietnam Halau Pelancong Israel
TERKINIGerakan memboikot apa sahaja yang berkaitan dengan rejim Zionis semakin memberikan impak terhadap imej Israel. Bahkan, negara Asean seperti Vietnam turut menunjukkan tanda solidariti terhadap warga Palestin dengan cara mereka yang tersendiri.
Baru-baru ini tular di platform media sosial satu video yang hangat diperkatakan.
Pemilik restauran di Vietnam mengusir turis dari Israil.
— bantoro_ (@Boediantar4) July 3, 2024
Dia berkata, "Jangan datang ke restauran ku. Restoran ini hanya untuk manusia, anjing dan kucing. Kamu bukan manusia. Pergi kamu!!!"
🇵🇸 ✌️ ❤️ pic.twitter.com/nbJhN4c7WC
Seorang peniaga restoran di Vietnam, bertindak dengan berani apabila mengusir pelancong dari Israel. Berang dengan tindakan peniaga Vietnam itu, lelaki Israel bersama keluarganya cuba memburukkan nama restorannya dan merakam pertikaman lidah antara mereka.
Namun, lelaki Vietnam itu tidak mengendahkannnya. Bahkan dengan jelas dia menyatakan kedainya hanya menerima manusia, kucing dan anjing dan warga israel bukan manusia balasnya. Video tersebut mendapat reaksi yang positif dari warganet.