Seorang Lelaki Cedera Diserang Dengan Kerambit Dalam Cubaan Samun Dalam Pusat Belah Di KL

TERKINI
July 19, 2024 - 03:08 PM


Seorang lelaki Malaysia telah diserang dengan ganas oleh seorang penyerang yang tidak dikenali dalam cubaan samun di dalam tandas sebuah pusat membeli-belah di KL.

Mangsa, Wayne, berkata penyerang pada mulanya berdiri di belakangnya sehingga menimbulkan kecurigaan kerana ada tandas lain yang kosong untuk digunakan.

Semasa Wayne keluar dari tandas, penyerang itu menyerangnya secara fizikal dan menurut Wayne, dia tidak mempunyai pilihan selain melawan kerana penyerang menikam kepalanya dengan kerambit.

Pengawal keselamatan turut didakwa tidak bertindak dengan pantas untuk membantu. Walau bagaimanapun, seorang pekerja dari butik berdekatan tampil hulurkan bantuan. Ketika Wayne tidak menyedari bahawa dia sedang menghadapi kecederaan serius ketika cubaan untuk menghentikan penyerang.

Wayne tidak kehilangan sebarang barang peribadi mahupun barang berharga. Susulan kejadian dia dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Wayne berkata kejadian itu berlaku pada petang Ahad (14 Julai) sekitar jam 6:15 petang. Wayne telah dibenarkan keluar dari hospital malam tadi (18 Julai).

Menurut laporan WORLD OF BUZZ , Wayne menjelaskan bahawa pelaku akan didakwa hari ini (19 Julai) di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan, hukuman yang boleh dipenjara sehingga 14 tahun. Namun, Wayne tidak begitu pasti mengenai hasil kes itu.

"Saya dengar tindakan percubaan merompak itu tidak dirakam dalam CCTV, dan kami juga tidak mempunyai saksi. Satu-satunya perkara yang dirakam adalah pergaduhan fizikal yang berlaku, dan dia melarikan diri. Jadi, mungkin ia tidak akan membawa kepada kes yang kukuh."

 

Destination: