"Video Tersebut Telah Diedit Oleh Si Polan" - Anak Makcik Kemboja Nafi Cabar Orang Ramai
TERKINISemalam warganet dikejutkan dengan kenyataan dari seorang lelalki yang mendakwa anak kepada Makcik Kemboja. Video yang memaparkan dirinya seakan-akan mencabar orang ramai untuk bersemuka dengannya berlegar di platform media sosial.
@ohbulanofficial Replying to @Muhammad Zaimi Terbaru, tular sebuah video lelaki yang mendakwa dirinya adalah anak kepada Makcik Kemboja. Siyes aaaa? #ohbulan #sembangentertainment #anak #makcikkemboja #madamemariyah ♬ Halloween, horror, spooky cinematic background music(852258) - domino
Belum reda lagi kemarahan orang ramai mengenai statement panas dari Makcik Kemboja, bertambah panas dengan video tersebut. Namun tuan punya badan yang bernama Eezuan menegaskan, video tersebut telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
assalamualaikum semua, saya Ezuan, anak makcik kemboja yang sedang viral sekarang. saya ingin menjelaskan tentang isu konten saya yang telah diubah, diedit oleh individu tersebut, sehingga menimbulkan PROVOKASI terhadap masyarakat. this is a thread:
— 🎭 (@eznhafsham) November 22, 2023
“Saya ingin menjelaskan tentang isu konten saya yang telah diubah, diedit oleh individu tersebut, sehingga menimbulkan PROVOKASI terhadap masyarakat. This is a thread..”
“Semalam, sekitar jam 2:30 petang, saya telah men-stitch satu konten yang dimuat naik oleh seorang individu, yang merupakan bekas pekerja di Mariyah Holdings.”
“Beliau telah memuat naik sebuah konten yang berunsur ugutan terhadap saya, kerana individu tersebut berkata bahawa, dia akan mendedahkan identiti saya, sebagai pencipta konten untuk ibu saya, Madam Mariyah.”
“Individu tersebut juga telah memaki hamun saya, dan juga ibu saya dalam konten tersebut.”
Ezuan kemudian memuat naik video asal yang dibuat olehnya sebagai balasan kepada pekerja tersebut, sebelum ianya dibuang oleh TikTok daripada platform mereka.
dan ini merupakan video ORIGINAL saya, sebelum Tiktok "take down" dan sebelum diubah & diedit oleh individu terbabit: pic.twitter.com/l7kH8dqyI9
— 🎭 (@eznhafsham) November 22, 2023
“MANA & DI MANA, dalam video original yang dimuatnaik oleh saya, saya ada sebut ‘cabar netizen/cabar korang semua’ atau mana-mana individu/pihak?”
“Sedangkan saya CABAR dia, spesifik, siap ada nama penuh dia sekali. Namun, individu tersebut telah mengubah konten tersebut, mengambil bahagian-bahagian tertentu sahaja di mana saya sebut saya cabar, menyalak macam anjing dan sebagainya, seolah-olah saya MENCABAR netizen.”
“Perkara ini telah mengancam keselamatan saya, sehingga saya menerima terlalu banyak ugutan untuk ‘mengutip’ saya. Ini merupakan salah satu konten/video yang dimuatnaik oleh netizen untuk memanaskan lagi keadaan.”
“Jadi disini, saya ingin menyatakan bahawa segala spekulasi terhadap saya adalah FITNAH. Dan dengan nama Allah, saya tidak pernah terniat untuk mencabar netizen mahupun masyarakat untuk datang berjumpa saya.”
“Saya cuma nak selesaikan secara profesional bersama dia. Saya minta anda menilai sendiri, dan saya minta jasa baik anda untuk mem-viralkan video original saya, supaya orang tahu sisi cerita yang sebenar.”
“Saya harap, ada keadilan buat saya. Saya berani kerana benar, dan saya tak takut dengan individu tersebut. Allah Maha Berkuasa. Yang Benar, Ezuan.”