Top 5 Tempat 'Hiking' Di Lembah Klang
Hari-hari bekerja dengan kena hadap 'jem' lagi mestinya korang perlukan quick escape sekejap ke mana-mana tempat yang boleh tenangkan fikiran korang kan.
Musim panas macam ni dah tentu korang rasa nak keluar ke tempat yang sejuk dan teduh je.
Sini min senaraikan korang Top 5 tempat hiking di Lembah Klang. Takyah pergi jauh jauh, dekat bandaraya metropolitan macam ni pun ada khazanahnya tau.
1. KL East Park, Jalan Melati Kuala Lumpur
Kuala Lumpur dipenuhi dengan hutan konkrit kerana pembangunan pencakar langit namun terdapat taman ekologi di sini yang tak ramai tahu.
Kl East Park baru saja dibuka pada umum Februari lalu dengan berkeluasan 53 ekar yang menjanjikan korang feel dan view sangat cantik dari puncak ketinggian 242 meter dan korang akan dipertontonkan dengan sebahagian pemandangan Kuala Lumpur.
Jangan risau kalau korang baru nak mula hiking kerana secara keseluruhan pendakian KL East Park ini sesuai untuk beginner dan amatur.
Buat masa sekarang hanya fasa 1 saja yang dibuka berkeluasan 17 ekar kemudian fasa seterusnya trek sepanjang 2 kilometer merentasi 53 ekar kawasan hutan hujan sekunder.\
Setelah siap kesemua fasa, trek ini akan bersambung ke Bukit Tabur serta Permatang Kuarza Klang Gates yang terkenal dengan pembentukan kuarza terpanjang dunia.
KL East Park menawarkan kemasukan percuma sehingga 31 Ogos ni dengan mendaftar dahulu di http://https://klepark.simedarbyproperty.com
Waktu operasi : 7 pagi - 6.30 petang (4 petang kemasukan akhir)
2. Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong
Mendaki di Forest Research Institute Malaysia (FRIM) semestinya melonjakkan rasa seronok dan teruja bukan sahaja kepada para pendaki kerana di hutan ini mempunyai pelbagai tarikan selain daripada jungle trekking.
Kalau korang memandu ke FRIM ni hanya mengambil masa 30 minit sahaja.
Bayaran untuk masuk ke FRIM ni cuma RM5 dan bayaran tambahan RM5 jika korang datang bawa kamera.
Tarikan yang FRIM tawarkan adalah jogging merentasi Bukit Beruang dan Bukit Nolang, hiking, bird watching, berkhemah, berbasikal, berkelah dan treasue hunt dan sangat recommend untuk korang datang ke sini.
Ketika lakukan jungle trekking di FRIM, korang akan disajikan dengan bunyi unggas berkicau sekitar trek di FRIM ini.
Selesai jungle trekking, ketika menuruni dari trek jogging tersebut korang kena singgah di sungai FRIM ni terlebih dahulu untuk berehat dan kebanyakan pengunjung di sini membawa bekal mereka sendiri seperti roti dan nasi lemak.
Dengar bunyi air terjun dan mandi di arusnya perlahan buatkan korang rasa sangat tenang tanpa perlu memikirkan hiruk-pikuk di bandar.
Buat yang datang dalam kumpulan, korang kena cuba teroka tree canopy di sini. Ia dipanggil tree canopy kerana pokok-pokok tinggi tersebut melitupi tanah yang meneduhkan kawasan di bawahnya.
Aktiviti tree canopy FRIM menyediakan guide untuk korang yang datang dalam kumpulan dengan bayaran sebanyak RM120 dan korang akan dibawa ke Salleh Nature Trail atau Keruing Trail.
Macam-macam kan aktiviti yang ada di FRIM, Kepong ni.
Bayaran kemasukan ke FRIM, Kepong dengan bayaran tiket RM1 untuk dewasa dan RM5 untuk bukan wargananegara.
Waktu operasi : 6 pagi - 7 malam
3. Bukit Gasing, Petaling Jaya
Hutan Pendidikan atau Bukit Gasing terkenal kerana tempatnya yang santai dan sesuai dibawa bersama keluarga kerana pendakiannya tidak begitu mencabar.
Setiap hujung minggu Bukit Gasing ini sering dipenuhi pendaki yang bukan sahaja dari Kuala Lumpur, bahkan mereka yang dari luar Selangor juga turut memenuhkan aktiviti cuti mereka di sini.
Ketika mendaki dan menuruni Bukit Gasing ini korang akan melalui pelbagai trek dan laluan yang boleh buat korang rasa teruja.
Bermula dari kaki Bukit Gasing korang akan melalui jambatan gantung, tangga Killer Stairs dinamakan kerana anak tangganya curam, puncak bukit, rumah-rumah terbiar, jambatan besi, tapak perkuburan dan kuil Hindu.
Puncak Bukit Gasing hanya berketinggian 160 meter dari paras laut dan sepanjang pendakian tersebut banyak pit stop yang korang boleh berhenti rehat sebentar dan enjoy dengan pemandangan hutan.
Tak perlu risau kalau tersesat kerana disediakan papan tanda untuk setiap hentian dan korang ikut saja pendaki yang lain.
Bukit Gasing ini dibuka seawal 6 pagi tapi diingatkan kepada korang yang nak datang ke sini disarankan datang seeloknya sebelum pukul 10 pagi untuk mengelakkan kesesakan di kaki bukit.
Waktu operasi : 6 pagi - 7 malam
4. Air Terjung Kanching, Rawang
Terletak di antara Kuala Lumpur dan Rawang, Air Terjun Kanching ini sesuai untuk korang yang mencari tempat untuk bersantai dan berehat kerana boleh hiking dan bermandi-manda pada waktu yang sama.
Air Terjun Kanching terkenal dengan 7 peringkat di mana semuanya dengan tahap kesukaran berbeza mengikut kepada kesesuaian dan keselesaan korang yang datang ke sini.
Tingkat 1 hingga 4 untuk korang yang nak bersantai dan pemula kerana terdapat tangga konkrit dan laluan yang menghubungkan kesemua tingkat tersebut.
Tingkat 5 dan 6 masih lagi dianggap senang untuk dicapai kerana mempunyai laluan pejalan kaki usang, namun jika korang nak merasai mandi air terjun, kena mendaki sikit untuk ke tingkat 7 yang memerlukan korang mendaki denai curam dan berbatu.
Tak perlu risau tentang tandas dan tempat tukar pakaian kerana di sini disediakan kemudahan tersebut dan dijaga dengan elok.
Jika korang merancang untuk berkhemah di Air Terjun Kanching, terdapat ruang untuk korang pacakkan khemah korang.
Bayaran masuk ke Air Terjun Kanching adalah RM4 setiap kenderaan.
Waktu operasi : 6 pagi - 8 malam.
5. Bukit Kembara, Ampang
Bukit Kembara terletak di Taman Tun Abdul Razak yang berketinggian 270 meter dari paras laut sememangnya tempat elok untuk mulakan pagi korang yang produktif.
Ianya spot popular kepada pendaki setiap hujung minggu dan sepanjang jalan ke Bukit Kembara dipenuhi kereta mereka yang mendaki di situ.
Pendakian yang mengambil masa 1 jam setengah sehingga 2 jam ini akan bermula di kuil sebelum melalui kawasan-kawasan lain.
Sepanjang trek pendaki telah ditanda dengan getah paip dan korang takkan sesat jika temui penanda ini.
Walaupun trek Bukit Kembara ini tidak panjang, namun tanahnya curam akan membuatkan pendakian ini lebih mencabar, namun jangan risau kerana selepas itu treknya kembali landai.
Setelah sampai di puncak Bukit Kembara, ia tidak menjanjikan view yang cantik tetapi laluan turun 10 minit akan datang akan buat korang terpegun.
Turun daripada puncak Bukit Kembara korang akan disajikan dengan view Empangan Tasik Hijau dan ia merupakan takungan lama yang dipanggil Ampang Impounding Reservoir yang dibina pada 1892.
Korang boleh bergambar di tengah-tengah tasik yang terdapat pergola atau pondok yang diperbuat daripada besi.
Menuruni daripada tasik tersebut, korang akan nampak air terjun kecil yang mengalir di celahan batu di situ.
Bayaran masuk ke Bukit Kembara ini adalah RM4 untuk setiap kenderaan.
Waktu operasi : 6 pagi - 8 malam.
Banyak kan tempat hiking yang menarik dalam Lembah Klang ni.
Asyik-asyik lepak kat mall je, sekali-sekala ajaklah keluarga dan kawan-kawan hiking.