10 Hari Trip Lengkap Ke Raja Ampat, Sorong Dan Makassar, Papua Barat, Indonesia
TRAVELTRIP RAJA AMPAT, PAPUA BARAT INDONESIA
18-28 Feb 2023
Salam semua, baru sempat nak share trip kami ke Raja Ampat. Lama dah janji dengan sahabat di group ini untuk share pengalaman dan bajet kami ke sana.
Penerbangan
Tiada penerbangan direct dari Malaysia ke Sorong. Kami ambil route KL-Makassar-Sorong. Boleh juga ambil penerbangan KL-Jakarta-Sorong. Boleh bandingkan harga mana yang lebih murah dan tempoh transit yang tidak lama. Kebiasannya flight ke Sorong adalah waktu pagi pukul 2-3 pagi.
Pergi :
KL- Makassar (Batik Air)
Makassar – Sorong (Lion Air)
Balik :
Sorong-Makassar : Sriwijaya Air
Makassar – KL : Batik Air
Penginapan
Raja Ampat
-
Hamueco Dive Resort - 3D2N
-
Wangie Resort - 2D1N
Sorong
-
Favehotel - 3D2N
Makassar
-
Ibis Hotel City Center (2D1N)
-------------------------------------------------------------------------
DAY 1 - 18/2/2023
Trip kami seramai 9 orang perempuan. Berkumpul di KLIA pukul 10.00 pagi. Setel check in bag, pergi isi perut dulu di food court. Flight kami pada pukul 2.50 petang. Perjalanan dari KLIA ke Makassar mengambil masa 3 jam 25 minit. Kali pertama naik Batik Air Indonesia. Dapat meal in flight iaitu roti dan muffin bersama air mineral dan kopi. Nasib baik dah makan berat sebelum naik flight, kalau tak kelaparan jugak la.
Kami sampai di Lapangan Terbang Hasanuddin lebih kurang pukul 5.30 petang. Lepas setel ambil beg, cari surau untuk tunaikan solat dan cari kedai makan dalam airport untuk makan malam. Kami lepak je di airport sehingga next flight ke Sorong pada pukul 3.35 pagi. Sepatutnya kami menaiki flight Sriwijaya Air ke Sorong tapi 2 hari sebelum bertolak Sriwijaya telah batalkan penerbangan.
Nak tak nak terpaksa juga beli tiket flight lain, dah last minit redha je la berapa harganya. Kami beli tiket baru penerbangan Lion Air untuk route Makassar - Sorong. Kami janji berjumpa dengan tour guide kami (Nasrul) di airport Makassar kerana dia dari Surabaya.
Day 2 – 19/2/2023
Perjalanan dari Makassar ke Sorong mengambil masa 2 jam 25 minit. Kami sampai di Lapangan Terbang Domine Eduard Osok (airport Sorong) pukul 7.00 pagi. Kemudian naik grab terus ke pelabuhan Rakyat Sorong dalam 15 minit perjalanan. Naik feri ke Waisai selama 2 jam.
Sampai je Waisai, speedboat dah sedia menunggu. Terus ke Kalibiru. MashaAllah cantiknya air di Kalibiru ni jernih dan warna turqoise gitu. Masa ni hanya kami sahaja yang ada. Nasib baik kami sempat juga menikmati keindahan di sini sebelum hujan turun dengan lebat.
Tempat ni bersih dan dijaga oleh masyarakat Papua. Di sini dilarang menggunakan sabun/syampu semasa mandi kerana tak nak Kalibiru tercemar. Terus ke Hamueco Dive Resort untuk check in. Makan malam dan rehat.
Day 3 – 20/2/2023
Perjalanan agak jauh hari ini iaitu ke ikon R4 iaitu Wayag. Dari resort mengambil masa 4 jam dengan menaiki speedboat. Selepas sarapan, kami bersiap sedia menunggu speedboat. Sepanjang perjalanan kami menikmati keindahan alam semulajadi sampai tertidur dibuatnya sebab jauh nau perjalanan tu hehe.
Di Wayag, agak mencabar untuk mendaki kerana perlu hiking bukit berbatu kapur yang tajam. Kena pakai sarung tangan dan pakai kasut yang bersesuaian. Masa ini pula hujan mulai turun, jadi kawasan agak licin. Setelah puas bergambar dan menikmat view yang cantik dan mendamaikan, kami mula turun ke bawah. Menikmati makan tengahari di dalam bot yang telah siap di pek.
Seterusnya adalah ke Shark Point. Perjalanan dalam 1 jam. Teruja nampak banyak shark. Besar juga baby shark ni. Kami spend masa dalam 1 jam di sini, dan terus perkampungan penduduk di sini untuk beli lobster dan ikan kerapu. Ni semua tour guide kami yang uruskan. Ni tak termasuk dalam pakej, so kami share ramai-ramai. Beli lobster dalam 8 ekor (RM300) dan ikan kerapu merah 12 ekor (RM85).
Kami share sorang bayar RM45 sahaja. Balik ke homestay dan ready untuk makan besar malam ni yeayy. Pihak resort yang masakkan untuk kami (tiada charge). Alhamdulillah dapat menikmati lobster dan ikan kerapu fresh.
Day 4 – 21/2/2023
Selepas sarapan, kami terus check out dari Hamueco Resort dan akan check in di penginapan lain. Aktiviti hari ni adalah snorkeling di kawasan jeti Yenbuba. Sayangnya kami tiada gopro untuk rakam keindahan di bawah laut. Tak tergambar dengan kata-kata betapa cantiknya hidupan laut di bawah tu. Itu baru snorkeling, patut la ramai yang datang untuk diving di R4 ni.
Di tepi-tepi jeti ni pun banyak ikan yang biasanya hanya ada di laut dalam tapi di sini dapat tengok dengan jelas termasuk terumbu karang yang hidup penuh warna-warni mashaAllah sumpah lawa. Memang leka dibuatnya melihat keindahan bawah laut. Selepas penat snorkeling, kami ke Pasir Timbul sekadar bergambar buat kenangan. Seterusnya ke pantai Frewin.
Masa ni tak larat dah nak snorkeling dan hari pun hampir hujan, jadi kami lepak-lepak sahaja, snap gambar, mandi laut dan menikmati pisang goreng panas dan air kelapa yang dijual oleh keluarga Papua.
Day 5 – 22/2/2023
Selepas sarapan, kami bersiap sedia untuk check out. Kali ni kami melalui jalan darat menaiki kereta untuk ke pelabuhan Sorong dan singgah lunch sebelum ke jeti.
Perjalanan dari Wasai - Jeti Sorong menaiki feri selama 2 jam. Sampai di jeti kami naik grab ke Favehotel. Berakhir sudah trip kami di Raja Ampat. Malam tu kami hanya makan dan lepak di bilik sahaja kerana kepenatan.
Day 6 – 23/2/2023
Selepas sarapan di hotel, aktiviti hari ni adalah pusing-pusing bandar Sorong. Sebenarnya tak sempat nak google tempat menarik di Sorong sebab last minit flight ke Makassar kena reschedule pada keesokkanya harinya, terpaksa la kami menginap lagi 1 malam.
Jadi kami habiskan masa dengan keluar untuk mencari cenderahati, ole-ole, kudapan dan cari makan. Sewa grab utk 4jam dengan bayaran Rp300 ribu. Balik semula ke hotel dan rehat. Malamnya kami keluar makan ke Wong Solo.
Day 7 – 24/2/2023
Lepas sarapan, kami terus check out hotel dan naik grab ke airport. Flight ke Makassar pukul 11 pagi. Plan asalnya transit kami di Makassar, kami akan menginap 2 malam untuk jalan2 dan explore bandar Makassar, tapi disebabkan flight kena tunda, hanya dapat 1 malam sahaja.
Penginapan kami yang 1 malam tu terpaksa burn (dah siap bayar untuk 2 malam). Sempatla jalan2 sekitar Ibis Hotel, menikmati Coto Makassar, Pisang Epe dan jalan di Pantai Losari. Cari sedikit ole-ole Makassar dan balik rehat sebab dah malam, jadi tak sempat explore banyak tempat.
Day 8 – 28/2/2023
Check out Hotel Ibis. Kami request pihak hotel bungkuskan sarapan (bilik dah inc sarapan) sebab kami akan gerak seawal pukul 5.30 pagi ke airport. Nasib driver grab yang bagitau Ibis Hotel boleh bungkuskan sarapan kalau kita check out awal pagi. Dapat la sebungkus sorang nasi goreng untuk kami buat alas perut pagi tu.
Flight ke KL pukul 9.55 pagi. Alhamdullillah, semuanya selamat sampai di Malaysia.
Bajet trip:
Tiket flight:
-
KL-Makassar-KL: RM769 (Batik Air)
-
Makassar-Sorong-Makassar: RM350 (Sriwijaya Air)
-
Makassar-Sorong: RM368 (Lion Air) - tiket tambahan
Hotel Sorong: RM198 seorang
Hotel di Makassar: RM130 seorang
Ground package: RM1950 (4D3N) – include penginapan, speedboat, tiket feri, makan, peralatan snorkeling dan tour guide)
Permit R4: 1juta rp (RM289)
Tiket Kalibiru: 100 ribu rp (RM29)
Travel Insurans (AIG Basic) – RM52
Sim card Tune Talk Travel - RM30
Perbelanjaan: RM 600 (shopping cenderahati, makan, tips, ole-ole dll)
Sedikit info:
-
Kos ke R4 memang agak mahal, seeloknya pergi dalam kumpulan yang ramai 6 orang ke atas. Lagi ramai trip anda, lebih murah kos yang anda perlu bayar especially kos speedboat kerana minyak di sana memang mahal.
-
Saya suggest gunakan agen/tour guide untuk trip R4 ni kerana agak susah juga nak cari info sebab tak ramai yang pergi ke sana kan. Lagipun trip ramai jadi serahkan pada agen biar dia yang uruskan semuanya.
-
Sejujurnya 4D3N memang tak dapat cover banyak tempat di R4. Masa tu pula. Tapi kena ingat semakin lama trip kita, semakin tinggi kos anda hehe. So ikut la bajet berapa yang anda mampu untuk laburkan. InshaAllah ada rezeki boleh datang lagi.
-
Kami guna sim kad tunetalk tapi kat R4 memang susah nak dapat line dan memang selalu tak. Pinjam hotspot tour guide je sekajap nak update kat family kan. Upload gambar/video semua tangguh dulu. Kalau di Sorong tu line semua ok.
-
Tiket flight ke R4 dalam range harga 2k. Selalu la hunting tiket, kadang tu rezeki boleh dapat harga promo murah la sikit.
-
Penduduk di sini terdiri daripada masyarakat Papua, uniknya mereka ini berbahasa Indonesia. Ramah dan baik orang2 yang kami jumpa.
-
Masa di sini tak jumpa lansung orang Malaysia. Kebanyakkannya mat salleh yang datang untuk diving dan liveboard.
-
Check cuaca sebelum trip. Saya bawa siap baju hujan dan extra pakaian kot kalau tak sempat kering sebab setiap hari ada aktiviti air, dah nama ke pulau kan!
-
So far penginapan kami semua ok, dilayan dengan baik oleh staff. Cuma dari segi masakan tu mereka jenis masak yang tak pedas sebab ada mat salleh kan. Org Msia ni makan jenis nak pedas2 sikit, sila la bawah sambal sendiri. Baru puas makan pedas2 kan
-
Pengalaman pertama kali naik Sriwijaya Air agak mengecewakan sampai rasa dah tak nak naik lepas ni. Flight kena cancel, kena reschedule, layanan customer service yang tak mesra dan flight pun nampak uzur. Sampai sekarang kami masih belum dapat refund untuk flight yang dicancelkan.
So far, itu sahaja pengalaman yang dapat saya sharekan. Kalau ada pertanyaan boleh komen atau pm saya.
Yang mana tanya contact no tour guide, boleh contact no ni ya.
Wa.me/6281216006580 (Nasrul)
Trusted and recomended