'Eagle Nest Skywalk' - Tarikan Terbaharu Pulau Langkawi

TRAVEL
April 28, 2023 - 12:02 PM


Jika sebut tentang pulau peranginan popular di negara kita, Langkawi semestinya antara destinasi percutian kegemaran rakyat Malaysia dan juga pelancong antarabangsa.

Meskipun ramai yang mungkin sudah acap kali bercuti ke Langkawi, sehingga kadang-kala ada rungutan apa lagi yang best untuk diterokai di pulau lagenda tersebut -- korang jangan terkejut kerana sebenarnya Langkawi masih mempunyai banyak "hidden gem" serta terbaharu sebuah tarikan pelancongan yang turut merekodkan pengiktirafan dunia!

Tarikan terbaharu yang dimaksudkan adalah EAGLE NEST SKYWALK!

Eagle Nest Skywalk itu dijangka menjadi 'dek langit terpanjang di dunia'"The Longest Sky Deck In The World" yang akan menarik lebih ramai pelancong ke pulau bebas cukai tersebut.

Terletak di Puncak Gunung Machincang -- dek yang menakjubkan dengan hiasan kepala burung helang yang menjadi ikonik Langkawi turut menawarkan pengalaman yang tidak akan dilupakan apabila pengunjung berpeluang berjalan di atas dek berlantaikan kaca sepanjang 38 meter dan lebar 30 meter.

Menurut laporan media sebelum ini, projek pembinaan ikon pelancongan tersebut mula dibina pada Jun 2019 dengan kos RM30 juta, tetapi disebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19 menyebabkan pembinaannya tergendala dan hanya siap sekarang.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada maklumat rasmi daripada pihak berkuasa Langkawi tentang tarikh sebenar pembukaan Eagle Nest Skywalk kepada kunjungan orang ramai.

Sebarang perkembangan terkini pihak Rileklah akan kongsikan kepada pembaca nanti, okay! 

Kredit Gambar: Nasaruddin Abdul Muttalib / Bekas CEO Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Destination: