Ekspedisi Gunung Basor, Satu Lagi Tarikan Terbaru & Aktiviti Mencabar di Kelantan

TRAVEL
April 26, 2023 - 06:12 PM


๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง - ๐๐ž๐ซ๐š๐ค di bahagian Jeli - Gerik

๐†๐ฎ๐ง๐ฎ๐ง๐  ๐๐š๐ฌ๐จ๐ซ pernah dijadikan penyelidikan Harimau Belang dan juga masih kawasan rayau aktif bagi sang Gajah.

Menyimpan khazanah Flora dan Fauna berharga yang menarik untuk dikunjungi bagi pencandu alam semula jadi seperti bunga pakma, spesis periuk kera bersaiz besar, hutan mossy di sepanjang denai pendakian yang sangat jarang dikunjungi pendaki.

Markah tambahan apabila tapak kem berada di tepi aliran sungai yang sangat jernih dan menawan dengan batuan berlumut dan pokok-pokok renek.

Jom rasai sendiri pengalaman ekspedisi ke sini.

Info dan pendaftaran boleh hubungi:

Takin 0145221832

https://wa.link/4gyisr

๐‘๐„๐๐“๐€๐’ ๐๐”๐€๐๐€ ๐€๐ƒ๐•๐„๐๐“๐”๐‘๐„

Info lain2 trip boleh join wasap channel

https://chat.whatsapp.com/Ij3VZekZzIl9ixRJXlTg3N

Gunung Basor yang terletak di Kelantan mempunyai ketinggian setinggi 1840 meter (6,038 kaki).

Gunung Basor mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Gunung Basor juga merupakan tapak penyelidikan bagi rancangan The Tigers Alive! bagi pemeliharaan harimau belang Malaysia. Ia juga merupakan kawasan penyelidikan hidupan liar 2005.

Musim buah tarikan gajah liar masuk kampung

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor gajah betina yang dipercayai mengganggu tanaman penduduk di empat buah kampung di sini sejak sebulan lalu.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Ady Ermanty Haniff Mohamed Hanif berkata, operasi menangkap haiwan itu dilakukan selepas menerima aduan penduduk kampung yang melihat lapan ekor gajah liar merosakkan tanaman selain berkeliaran di Kampung Bukit Ipoh, Kampung Belimbing, Kampung Dendong dan Air Berching sejak 17 Julai lalu.

Katanya, Perhilitan telah memasang lampu diod pemancar cahaya (LED) berwarna biru bagi mengelakkan gajah tersebut masuk ke dalam ke kebun penduduk dan beberapa operasi tembak bagi menghalau haiwan itu ke hutan berhampiran.

โ€œSelepas sebulan, kumpulan gajah itu masih berkeliaran di kawasan kebun sehingga Perhilitan perlu bertindak menjalankan operasi menangkap haiwan berkenaan bagi mengelakkan penduduk mengalami kerugian berterusan selain mengancam nyawa mereka,โ€ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ady Ermanty Haniff, kumpulan gajah itu dipercayai keluar dari Hutan Simpan Kekal Gunung Basor di sini untuk mencari makanan dengan musim buah di kawasan berdekatan hutan simpan ketika ini menjadi tarikan kepada gajah liar untuk memasuki empat buah kampung tersebut.