Hati-hati! Pantai Klebang Dah Jadi Port Anjing Liar

TRAVEL
July 05, 2022 - 05:56 PM


Kemunculan kumpulan anjing liar di Pantai Klebang di sini terutama pada waktu malam mengundang perasaan kurang sela­mat dalam kalangan pengun­jung dan peniaga di situ.

Kelibat haiwan berkena­an yang menyelongkar tong sampah mencari sisa maka­nan menimbulkan isu kebersihan dan keselamatan penduduk terutama ke­pada kanak-kanak.

Seorang pengunjung, Nor Aminah Muhammad pula membangkitkan isu kebersihan apabila anjing liar berkenaan dilihat membuang najis di kawasan pantai.

Katanya, ini kerana majoriti anak-anak kecil yang hadir ke lokasi pelancongan itu gemar bermain pasir dan situasi tersebut jelas me­runsingkan ibu bapa.

“Salah satu tarikan utama Pantai Klebang adalah pasirnya, anak-anak memang suka main pasir di sini, itu sudah jadi kebiasaan. Jadi bi­la ada anjing liar di sini, kita khuatir dengan isu kebersihan. Pastinya haiwan itu akan buang najis di sini, itu antara kebimbangan kita sebagai ibu bapa,” katanya

Sumber: Utusan Malaysia

Destination: