Indonesia Hadkan Jumlah Pelancong Ke Pulau Komodo

TRAVEL
June 29, 2022 - 03:59 PM


Kerajaan Indonesia akan mengehadkan jumlah kehadiran pelancong ke Taman Nasional Komodo di Nusa Tenggara Timur (NTT) menjadi 200,000 setiap tahun bermula 1 Ogos ini.

Lapor CNN Indonesia, para pelancong diwajibkan membeli tiket kemasukan secara dalam talian atau mereka tidak dibenarkan memasuki taman nasional tersebut.

Credit: cruisemapper.com

Berdasarkan Kajian Keupayaan Ekosistem di taman tersebut, jumlah pelancong yang ideal adalah seramai 219,000 setiap tahun dan jumlah maksimum pula seramai 292,000 orang, namun kerajaan menetapkan jumlah kemasukan pelancong hanya sebanyak 200,000 setahun.

“Kita tidak mahu taman komodo terlalu sesak dengan pelancong yang boleh menjejaskan ekosistem haiwan berkenaan.

“Sehubungan itu, pihak berkuasa menetapkan jumlah pelancong yang dibenarkan mengunjungi taman itu adalah seramai 200,000 orang setiap tahun bermula tahun ini,” kata Penyelaras Pelaksana Program Keupayaan Ekosistem, Carolina Noge.

Carolina turut memaklumkan harga tiket masuk ke taman itu ditetapkan sebanyak 3.75 juta rupiah (RM1,112) bagi setiap pelancong dan sah digunakan selama setahun.

Destination: