Pengunjung Merungut Caj Mengarut Pulau Kapas, Kerajaan Negeri Janji Solusi Terbaik

TRAVEL
September 06, 2023 - 05:21 PM


Pulau Kapas merupakan antara tapak menyelam yang terindah dan sering menjadi destinasi pilihan baik dari pengunjung tempatan mahupun antarabangsa. Namun satu perkara yang wajar diambil perhatian adalah caj berganda yang dikenakan terhadap pengunjung.

Sebelum ini, viral satu perkongsian rungutan mengenai caj berganda yang mencecah RM50 di tiga kaunter berlainan sebelum menaiki bot di Jeti Marang.

Menurutnya, dia yang berkunjung ke Pulau Kapas baru-baru ini berasa seperti di ‘scam’ apabila perlu membayar perkhidmatan, tiket masuk di 3 kaunter berlainan. Lebih menyedihkan apabila kemudahan yang tersedia tidaklah terurus dengan baik.

Kerajaan negeri Terengganu berjanji akan mencari mekanisme terbaik bagi menyelesaikan isu caj berganda yang didakwa membebankan
pengunjung Pulau Kapas di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, rungutan pengunjung pulau peranginan terkenal tersebut ambat diambil berat.

Beliau berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan semua pemegang taruh yang terlibat dalam industri pelancongan di Pulau Kapas seperti Majlis Daerah Marang dan Jabatan Taman Laut bagi membincangkan isu tersebut.

Destination: