Video Lucah Lelaki Mirip Fauzi Nawawi Mula Tular!

June 30, 2020 - 01:15 AM


DALAM tempoh tiga hari, pelakon Fauzi Nawawi, 47, mengalami dua perkara besar kepada dirinya. Pertama, berita mengembirakannya, dan yang kedua sebaliknya. Bersabarlah! Allah menguji hamba-Nya dengan dugaan yang boleh mengangkat martabatnya!!

Sabtu, 20 Jun 2020 lalu, dia menerima berita yang mengembirakan apabila dibertahu anak saudaranya yang kurang upaya (OKU), Siti Najiha, 22, yang hilang di Perak sejak 9 Jun 2020 ditemui semula di Tanah Merah, Kelantan dalam keadaan terpinga-pinga dan demam panas.

Namun setelah hatinya gembira, Isnin lalu, dia menerima berita yang menyakitkan hatinya. 

Sejak Isnin, 22 Jun 2020 lalu, tular video bogel dalam beberapa laman sosial yang memaparkan seorang lelaki melakukan onani

Bentuk lelaki itu mirip bentuk tubuh Fauzi Narawi???

Ia membuat pelakon itu marah besar dan memandang serius perkara yang menjatuhkan maruahnya. 

Suami Lisdawati ini bercadang membuat laporan polis dan akan mendakwa pihak  yang mengaitkan dirinya dengan video berunsur lucah itu

"Logik akal kalau fikir apa faedah yang mereka dapat? 

"Dan mereka tak takut dengan undang-undang, maknanya mereka ini profesional. Malah kalau kita layan kerja mereka kita boleh jadi gila. 

"Jadi pedulikan sahaja dan buat laporan dan serah pada undang-undang," katanya.

Fauzi dan Lisdawati berkahwin pada 9 September 2007. 

Mereka dikurniakan 4 anak, sementara Fauzi mempunyai 4 orang anak lagi dari perkahwinan terdahulu. - KitaReporters

Menurut Gempak

Pelakon Fauzi Nawawi tidak mahu memanjangkan lagi isu mengenai video bogel seorang lelaki miripnya dengan aksi melakukan onani yang tular sejak semalam.

Menurut Fauzi, dia bakal mengambil tindakan dengan membuat laporan polis supaya pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan video tersebut dihadapkan ke muka pengadilan.

“Tak nak cakap panjang lagi, saya pun sudah beri kenyataan kepada media tadi.
 
“Jadi tunggu saya buat laporan dan cari orang yang tak bertanggungjawab itu,” katanya.
 
Fauzi dihubungi Astro Gempak selepas video lucah mirip pelakon itu tersebar sejak semalam.

Tambah suami kepada Lisdawati ini pihak yang tidak bertanggungjawab itu sengaja mahu menganiaya golongan selebriti sepertinya dan menjadikan ia sebagai profesion.
 
“Orang yang suka menganiaya golongan artis ini memang dah profesion mereka. Satu kepuasan untuk mereka kalau berjaya memalukan seseorang artis.

“Logik akal kalau fikir apa faedah yang mereka dapat? Dan mereka tak takut dengan undang-undang, maknanya mereka ini professional.

“Malah kalau kita layan kerja mereka kita boleh jadi gila. Jadi pedulikan sahaja dan buat laporan dan serah pada undang-undang,” katanya lagi.

Fauzi dan Lisda mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007. Mereka dikurniakan 4 cahaya mata dan Fauzi mempunyai 4 orang anak lagi dari perkahwinan terdahulu.

Sumber: Gempak