2814 Unit HR-V Model Tahun 2016 Dipanggil Balik Honda…

VIRAL
October 24, 2017 - 04:33 PM


Sekiranya anda atau ahli keluarga anda memiliki kereta Honda HR-V model 2016, anda boleh merujuk kepada syarikat berkenaan untuk bertanyakan hal ini.

Honda Malaysia Sdn.Bhd memanggil balik 2814 unit kereta berkenaan disebabkan kemungkinan batang penstabilan hadapan akan pecah dibawah tekanan tinggi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, semua pelanggan akan dihubungi melalui surat yang akan memaklumkan secara terperinci berhubung panggilan semula produk Honda terbabit.

Kawalan suhu yang tidak mencukupi semasa proses pengeluaran berkemungkinan memberikan kesan kepada kekukuhan batang penstabil. Hal ini sekaligus akan membuatkan ia pecah sekiranya berada pada tekanan tinggi.

Sekiranya ini berlaku, pemanduan akan menjadi tidak stabik dan tayar menjadi tidak seimbang.

Walaubagaimanapun, tiada insiden pelangaran atau kecederaan berkenaan isu ini dilaporkan di Malaysia. Tetapi, langkah awal ini diambil bagi memastikan keselamatan para pelanggan.

Honda Malaysia akan menanggung segala kos gentian serta caj buruh berkaitan panggilan semula ini.

Kepada pemilik Honda, anda boleh menyemak status kenderaan di www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau hubungi nombor bebas tol Honda di 1-800-88-2020.

 

Sumber | Berita Harian

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video