Anak Muda Malaysia Terbang Pertama Kali Ke Indonesia Untuk Berjumpa Bintang Youtube Zach King

TERKINI
July 26, 2019 - 12:47 PM


Bertuah badan, bukan sahaja dapat terbang ke Indonesia, anak muda dari Malaysia yang dikenali sebagai Mohamad Sofian berpeluang berjumpa dengan personaliti Youtube dari Los Angelas, USA untuk berjumpa dengannya. 

Menjadikan beliau sebagai idola, seorang anak muda Malaysia turut menghasilkan video-video berinspirasikan kreativiti Zach King di laman sosial.

“Salah satu matlamat saya tahun baharu adalah untuk berkolaborasi dengan idola saya @zachking. Walaupun video ini hanya suntingan tetapi saya amat teruja. Korang punya azam tahu baru pula apa?,” demikian postingnya berserta video yang dibuat beberapa tahun lalu,

“Hey kamu, kamu dari negara mana? Saya tak pasti sama ada kamu dari Indonesia sebab saya akan ke sana esok, dan kalau kamu di Jakarta, saya senang hati mahu berjumpa dengan kamu,” kata Zach King pada awal pagi Jumaat lalu.memaparkan dirinya disunting dengan kemunculan Zach King dan dimuat naik semula di akaun Instagra miliknya, pada 31 Disember lalu.

Impian pemuda itu bertemu dengan idolanya menjadi kenyataan apabila dia mengambil keputusan saat akhir untuk terbang ke Jakarta, bagi menghadiri ke sebuah program pada Sabtu di ibu negara republik itu yang mana Zach King menjadi tetamu jemputan.

Namun tiada siapa menyangka pemuda berusia 23 itu sebenarnya tidak mempunyai pasport dan belum pernah ke luar negara sehingga menerima pelawaan tersebut.

Mohamad Soan Abdullah berkata, sebelum ini dia tiada sebab untuk ke luar negara, malah tiada kata putus yang diberikannya sewaktu mendapat jemputan daripada Zach King.

“Zach King mesej saya pukul 1.23 pagi, dan saya pada mulanya bercadang untuk membuat panggilan video menerusi Facebook memandangkan saya tidak ke Jakarta.

“Tapi pada tengah hari Jumaat tu saya ambil keputusan untuk ke Jakarta dan memberitahu mengenai perkara itu kepada Zach King.

“Sebab hari tu Jumaat, petang baru saya buat pasport di Putrajaya. Saya kemudian balik semula ke pejabat di Bukit Jalil untuk minta bantuan rakan-rakan sebab tak pernah buat tempahan penerbangan antarabangsa termasuk lokasi penginapan,”.

-mstar

Destination: