
Bangunan Bersejarah Notre Dame Di Paris Terbakar
VIRALWarga Paris dan pelancong terkejut dan ada yang menangis selain berdoa selepas menyaksikan satu tragedi yang menyaksikan bangunan ikonik dan bersejarah Perancis, Katedral Notre Dam terbakar.
Bangunan bersejarah ini telah wujud sejak Zaman Pertengahan lagi.
Difahamkan, punca kejadian masih belum diketahui namun ada beberapa sumber rasmi memberitahu pihak media di Perancis yang kebakaran berkemungkinan berkaitan dengan kerja-kerja pemuliharaan bangunan yang sedang dijalankan di situ.
Media sosial dibanjiri imej dan video yang menyaksikan bangunan yang bercirikan binaan Gothic berusia 850 tahun tersebut terbakar.
Pagi ini, dilaporkan pihak bomba berjaya mengawal api dan beberapa ciri ikonik katedreal tersebut berjaya diselamatkan daripada musnah dijilat api.
Notre Dame merupakan sebahagian dari sejarah, sastera dan pelbagai lagi kegunaan masyarakat di Paris.
Imej Notre Dame Selepas Api Dipadamkan
Video source : CNN
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video