Berlinang Air Mata Tonton Filem Pendek Raya Siti Khadijah

TERKINI
June 08, 2018 - 01:59 PM


Tahun ni merupakan tahun paling banyak iklan raya dikeluarkan. Sama ada di media utama, mahupun di media sosial. Salah satu faktor adalah kewujudan pelbagai freelancer studio dan juga golongan instafamous yang menghasilkan iklan mereka sendiri.

Semalam, Aj terbaca satu bebenang dekat twitter pasal iklan raya. Dalam banyak-banyak comment kat situ, ramai betul suruh tengok Iklan raya daripada Telekung Siti Khadijah.

Bukan biasa-biasa iklan Siti Khadijah ni, sebabnya ada Fauziah Nawi sebagai ibu kepada anak lelaki lakonan FIqry Ibrahim. Selain itu, apa yang menarik adalah isu yang ingin ditunjukkan kepada umum melalui perkahwinan campur.

Mak (Fauziah Nawi) beranggapan bahawa kehadirannya kerumah anak tidak disenangi menantunya iaitu Ruby (lakonan Joyce Harn) dan secara tidak langsung membuatkan ibu berkecil hati.

Nak tahu kesudahan iklan tersebut? Jom tengok…

Selain tu, kalau korang nak tengok iklan-iklan raya pilihan kami untuk tahun ni ada disini…