Chicken Cottage Membawa Masakan Malaysia Ke Seluruh Dunia

FOODIE
February 26, 2018 - 03:29 PM


Sebuah syarikat milik negeri Terengganu iaitu Terengganu Kitchen dikhabarkan akan mengeksport dua makanan yang cukup sinonim dengan negeri berkenaan ke serata dunia.

Sebagai langkah awal, sebanyak 20 ribu pek nasi dagang dan keropok lekor telah ditempah untuk dibawak ke London. Nasi dagang akan dijual pada harga £4 (RM21) sebungkus, manakala keropok lekor pula pada harga £3.50 (RM19) sebungkus.

Selain itu, Chicken Cottage juga turut memperkenalkan food truck sempena ekspo yang berlangsung di negeri Terengganu baru-baru ini dan berharap untuk membuka Sembilan lagi cawangan di peringkat Global.

Enam daripada cawangan tersebut akan dibuka di Dubai, Algeria, Jerman dan juga UK.

Chicken Cottage dibuka kali pertama di London pada 1994 dan diperbadankan pada 2001.

Cabang pelaburan Terengganu iaitu Terengganu Inc Sdn Bhd membeli 70 peratus kepentingan dalam restoran yang menyajikan hidangan ayam halal pada tahun 2014 itu dan kini Ia mempunyai 121 cawangan di seluruh dunia.


Sumber : mStar