
EVA Air Batal 71 Penerbangan Akibat Pekerja Mogok
VIRALBaru sahaja beberapa hari lepas dianugerahkan sebagai 'Syarikat Penerbangan Paling Bersih Dunia 2019' oleh Skytrax World Airline Awards, tetapi hari ini EVA Airways terpaksa membatalkan 71 penerbangannya gara-gara anak kapal mogok berhubung isu gaji.
Berdasarkan laman web syarikat penerbangan Taiwan itu, EVA Air menunjukkan penerbangan dari Taipei ke New York, Toronto, Chicago, Los Angeles, Paris, Singapura dan Osaka antara yang dibatalkan.
Ia menyebabkan kira-kira 15,000 penumpang terjejas.
Syarikat penerbangan berkenaan dalam satu kenyataan berkata kira-kira separuh daripada operasinya terjejas akibat mogok itu yang telahpun bermula petang semalam.
Malah, mereka juga tidak dapat memberikan jawapan pasti bilakah masalah tersebut dapat diselesaikan.
Eva Air yang turut terkenal dengan penerbangan pesawat Hello Kitty juga memaklumkan bahawa perkhidmatan dan makanan kartun popular tersebut tidak dapat disediakan kerana terpaksa kerap menukar pesawatnya.
Sumber: Harian Metro
Baca juga: Skytrax Umum 10 Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia 2019
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video