Faiq Jefri Bolkiah, Pemain Bolasepak Terkaya Di Dunia… Kalah Messi Dengan Ronaldo Tau..!

January 08, 2018 - 01:02 AM


Kalau tahun lepas, heboh satu Malaysia tentang Putera Mateen, Anakanda kepada Sultan Hassanal Bolkiah. Kali ini, muncul pula anak saudara Sultan Brunei iaitu Faiq Jefri Bolkiah.

Kalau dah nama sepupu dengan Putera Mateen,ketampanan mereka berdua ini tak dapat dinafikan lah.

Tetapi, percaya atau tidak, Faiq Bolkiah ini adalah pemain bolasepak paling kaya di dunia. Dikatakan beliau mempunyai asset bernilai 20 Billion!

Bermain untuk squad simpanan Leicester City, Faiq Bolkiah ini juga pernah menyarung jersey beberapa kelab dan mendapat panggilan percubaan oleh Arsenal pada tahun 2013 dan telah menandatangani kontrak dua tahun di Chelsea sebelum berhijrah ke Leiciester setahun selepas itu.

Walaupun dilahirkan di Los Angeles, Amerika Syarikat, Faiq memilih untuk mewakili negaranya Brunei sebanyak Sembilan kali dan Berjaya menjaringkan gol.

Selain daripada itu, dikatakan juga kekayaan Faiq ini diperoleh daripada bapanya sendiri iaitu Jefri Bolkiah yang mempunyai pertalian adik beradik dengan Sultan Brunei sekarang.

Pada suatu masa, dikatakan Jefri Bolkiah membelanjakan hampir 35 juta untuk membeli kereta, jam tangan dan pen yang bertatahkan emas putih.

Tengok lah gambar yang kami jumpa di instagram Faiq Bolkiah ni…

Kalau nak tengok lagi, cepat-cepat cari insta dia…

 

Sumber : Mirror UK