Fathia Latiff Kongsi Foto Panas Dicium Lelaki

April 29, 2019 - 02:06 PM


Isu buka tudung masih lagi menjadi bualan ramai, nampaknya Fathia Latiff sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuat naik foto panas dicium seorang lelaki di Insta Story miliknya malam tadi.

Bukan itu saja, pelakon itu juga turut memuat naik beberapa kenyataan berbaur lucah serta berbaur sindiran terhadap netizen yang berterusan mengecam tindakannya membuka hijab.

Status dan gambarnya itu tersebar di media sosial dan rata-rata netizen bersimpati dengan pelakon itu dan berpendapat Fathia memerlukan bantuan.

Kata netizen lagi, pelakon itu mungkin sengaja memuat naik foto dan status sedemikian semata-mata untuk meraih publisiti memandangkan dahulu dia antara pelakon yang terkenal dan sering menghiasi kaca televisyen, namun kini tidak lagi.

Rabu lalu, Fathia mengesahkan tidak lagi bertudung selepas tiga tahun berhijab. Fathia mengakui selama memakai hijab dia tidak dapat menjadi diri sendiri sehingga membuatkan dirinya mengalami depresi.