Gunung Agung Meletus Lagi Kali Ini Luahkan Abu Setinggi 9 Kilometer Ke Udara!
TERKINIPagi semalam sekitar 1.40 pagi waktu tempatan (Bali), Gunung Agung telah meluahkan debu dan asap setinggi 30,000 kaki bersamaan 9.1 kilometer ke udara.
Letusan kedua berlaku selepas itu dan debu dikatakan naik setinggi 5.5 kilometer.
Kod merah telah diletakkan di kepulauan berkenaan dan kawasan bahaya ditetapkan pada 4 kilometer daripada puncak gunung berkenaan.
Menurut laporan di Tribun-Bali, kira-kira 44 letusan kecil berlarutan daripada letusan pertama pada pukul 1 pagi kelmarin.
Sekarang ini, keadaan sekitar Gunung Agung diletakkan pada status berjaga-jaga tahap III dengan syarat utama yang ditekankan adalah :
- Masyarakat sekitar Gunung Agung tidak berada dalam zon merah iaitu radius 4 km daripada kawah puncak gunung
- Semua masyarakat yang berhampiran sungai di Gunung Agung supaya berhati-hati dengan anacaman lahar yang mengikuti aliran air sungai
Menurut pengguna twitter, Oystein Lund Andersen – letusan di Gunung Agung di kemuncak pada 1.38 pagi yang mana haba dan sedikit bahan panas dapat dilihat di puncak gunung berkenaan.
Eruption at #Agung volcano just now, at 01:38 local time 13th June. Its night in Bali, and Incandescence could be clearly observed. Now 10min. after the eruption, incandescence (hot material) can still be seen on the upper flanks of the summit. Sreenshot: from volcanoYT webcam pic.twitter.com/rdQ4KwUOPM
— Øystein Lund Andersen (@OysteinLAnderse) June 12, 2019
Dalam masa yang sama, didapati aktiviti di sekitar Gunung Agung kembali normal dan tenang melalui pemerhatian secara langsung di VolcanoYT.
Status lapangan terbang adalah seperti biasa menurut Baliairport.com, hanya 3 penerbangan awal pagi terjejas dan selepas jam 7 pagi tadi (waktu tempatan) kesemua penerbangan adalah seperti biasa.
Kami akan update dari semasa ke semasa jika ada penutupan lapangan terbang Ngurah Rai...