Hubungan Emma Maembong dan Kamal Adli Putus…

TERKINI
October 25, 2017 - 11:08 AM


Temubual Emma Maembong bersama Berita Harian baru-baru ini telah mengesahkan hubungannya dengan pelakon Kamal Adli sudah putus.

“Saya sudah tahu siapa Kamal yang sebenarnya” katanya dalam temubual tersebut. Kalau sebelum ini kecoh mengatakan hubungan mereka retak akibat ada orang ketiga.

Emma tidak menolak dawaan bahawa orang ketiga yang dimaksudkan adalah Zahirah Macwilson. Tidak ingin perkara ini dipanjangkan, Emma dikatakan tidak mahu disalah erti oleh mana-mana pihak walaupun ada yang mengatakan sebenarnya dia cemburu buta.

Memilih enggan berterus terang tentang statusnya dengan Kamal Adli sejak tiga tahun lalu, Emma dikatakan kecewa apabila kepercayaan yang diberikan musnah begitu sahaja.

 

Walaubagaimanapun, Emma menolak dakwaan ada batu api yang melagakan mereka dalam hal ini. Semestinya teman rapat mahukan yang terbaik untuknya.

Tambahnya lagi, keadaan ini tidak harus dirumitkan. Kamal dan Zahirah perlu lebih matang dan akui sahaja kesilapan mereka…

Hurm… nampaknya kecewa la peminat Emma dan Kamal Adli yang nak sangat tengok diorang bersama. Tapi, berita baik jugak buat lelaki-lelaki di luar sana. Mana tahu, Emma lepas ni memilih lelaki biasa. Siapa tahu kan…

 

p/s : Rileklah Emma... admin single lagi… hehehehe =)

 

Sumber | Berita Harian