Indonesia Bakal Bina Jambatan Hubungkan Pulau Batam & Pulau Bintan





Ini berita baik kepada korang yang nak travel jelajah Indonesia dan Singapura sekaligus!

Indonesia bercadang membina jambatan sepanjang 7 kilometer bagi menghubungkan dua pulau di Selat Melaka, berdekatan dengan Singapura, sebagai sebahagian usaha membangunkan industri dan pelancongan di kawasan itu.

Jambatan itu bakal menghubungkan Batam dan Bintan dan menelan belanja anggaran 4 trilion Rupiah atau RM1.1 bilion.

Projek membina jambatan baharu itu dijangka bermula pada 2020 dan mengambil tempoh 3 hingga 4 tahun untuk disiapkan.

Apabila siap nanti, jambatan tersebut bakal menjadi yang terpanjang di Asia Tenggara.

Pembinaan jambatan itu juga adalah untuk memanfaatkan perluasan Lapangan Terbang Changi di Singapura dengan pembangunan Terminal 5 baharu, yang akan mempunyai hubungan pengangkutan ke Bintan.

Indonesia berharap dengan adanya akses kemasukan ke Batam, yang menjadi satu-satunya zon perdagangan bebas negara itu bakal menyumbang kepada ekonomi dan sektor pelancongannya.

P/S: Dengar cerita sekarang ni Indonesia pun tengah kaji untuk menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Pulau Sumatera. So sama-sama kita nantikan perkembangannya!

Sumber: Tempo.co

 

;