Ingkar Bayar Saman, DBKL Laksana Senarai Hitam

TERKINI
October 16, 2018 - 11:46 AM


Nak bayar saman tertunggak? Maaf anda dah terlambat!

Itulah realiti yang perlu dihadapi oleh mereka-mereka yang degil dan liat untuk bayar saman yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Bulan lalu, DBKL dah buat promosi untuk mengurangkan saman, namun masih ramai yang berdegil.

Walaupun dengan promosi pengurangan bayaran saman, DBKL hanya berjaya mengutip RM2 juta daripada jumlah yang disasarkan iaitu RM100 juta.

‘Berang’ dengan sikap sambil lewa pesalah, DBKL mengistiharkan hukuman atau tindakan senarai hitam keatas pesalah trafik yang tidak menjelaskan saman.

Menurut laporan di NST, tindakan senarai hitam ini akan dilakukan oleh Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) dalam masa terdekat. Tindakan drastik ini dilaksanakan atas saranan menteri wilayah persekutuan iaitu Khalid Samad.

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Nor Hisham Ahmad Dahlan tindakan senarai hitam ini adalah wajar selepas ramai pesalah trafik gagal atau ingkar untuk membayar saman walaupun pelbagai inisiatif untuk mengurangkan jumlah saman mereka dilakukan oleh DBKL.

Jika disenarai hitam, pesalah trafik ini tidak boleh untuk memperbaharui lesen dan juga cukai jalan mereka sehinggalah kesemua saman dijelaskan. TANPA DISKAUN. Hehehe…

Peluang dah bagi, masih berdegil… dah terhantuk baru terngadah, tipikal Malaysian sungguh..