Jadual Liga Malaysia Dah Keluar, Susun Lah Jadual Kalau Nak Curi Keluar Office Awal

January 15, 2018 - 04:24 PM


Musim 2018 bakal bermula 3 Februari 2018 dan jadual telah dikeluarkan oleh FMLLP. Perancangan jadual ini telah mengambil kira segala jadual pertandingan antarabangsa seperti AFC Champions League, AFC Cup, SUKMA, Piala AFF Suzuki serta kalender FIFA bagi pasukan Malaysia.

Satu venue baharu bakal digunakan untuk musim 2018 iaitu Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras (Pasukan Kuala Lumpur).

Berikut senarai pasukan yang berkongsi venue untuk musim 2018;

a. Stadium Shah Alam (Pasukan PKNS FC dan Felcra FC)

b. Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. (Pasukan Kuala Lumpur dan PDRM – TBC)

c. Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. (Terengganu FC & Terengganu FC II)

d. Stadium Majlis Perbandaran Selayang (Kuantan FA – TBC & UKM FC – TBC)

Stadium Perak akan ditutup sehingga akhir bulan Mac 2018 untuk proses penyelengaraan dan baikpulih. Pasukan Perak akan bermain di Stadium TLDM, Lumut bagi 2 perlawanan pertama.

Pasukan Selangor (akan membuat pengesahan venue dalam masa terdekat), PDRM, Kuantan FA dan UKM FC sehingga kini masih belum membuat pengesahan venue tuan rumah.

Ini adalah jadual yang dikeluarkan FMLLP bagi 12 minggu. 

JADUAL LIGA SUPER MALAYSIA 2018

 

JADUAL 100PLUS LIGA PREMIER 2018