Kena Scam ‘Upacara Minum Teh’ Di China – Ini Yang Anda Patut Tahu Dan Elak!
TERKINIPenipuan atau scam seringkali terjadi kepada para traveller tidak kira tempat, masa dan lain-lain faktor. Baik korang travel berseorangan mahupun berkumpulan, kalau tidak berhati-hati, pasti menjadi mangsa scam.
Kalau nak diikutkan ada beberapa scam yang popular di seluruh dunia, antaranya adalah scam meter teksi, hotel penuh/ tutup, gelang tangan ‘percuma’ dan bermacam lagi. Korang boleh baca pasal top 10 scam yang selalu terjadi ketika melancong.
Tak dapat dinafikan, kena tipu semasa percutian lagi-lagi melibatkan kerugian harta benda adalah sesuatu yang kalau boleh kita mintak sangat dijauhkan. Baru-baru ini, seorang sahabat kami terkena di Australia. Baru masuk rumah penginapan, keluar ke kedai runcit. Balik dari tu, sedar yang rumah dah dipecah masuk, Macbook serta duit beribu-ribu AUD terbang.
Berbalik kepada scam ‘ Upacara Minum Teh ‘ atau Tea Ceremony Scam ni di China dan berlaku di kawasan Shanghai. Lebih tepat, sekitar Bund. Kawasan waterfront di Central Shanghai.
Mereka akan datang dalam kumpulan 6 orang dan minta tolong gambar mereka diambil. Nampak macam tak ada apa-apa kan? Tunggu. Dia baru baling umpan.
Selepas gambar diambil, mereka ini akan berbual mesra dengan menggunakan bahasa Inggeris yang fasih ( better daripada local kat sana ) dan diorang akan memperkenalkan diri sebagai pelajar di sana sebelum ajak mangsa untuk sertai mereka untuk satu upacara tradisi meminum teh.
Disebabkan kita ni travel solo, biasanya ada pelawaan macam ni, kita tak akan tolak, sebab kita nakkan pengalaman travel yang lain daripada yang lain. Betul tak? Sinilah diistilahkan, umpan mengena.
Dari tempat mengambil gambar tadi, korang akan dibawa ke satu ‘lokasi’ khas untuk upacara minum teh ini. Sepanjang perjalanan, memang diorang akan tanya bermacam-macam jenis soalan (mungkin untuk alihkan perhatian). Yelah, bila berborak, kita jarang amik perhatian keadaan sekeliling.
Korang akan dibawa ke satu tempat seakan-akan shopping mall lama, tak terlalu besar. Cuma ada beberapa kedai yang beroperasi. Kemudian, korang akan masuk beberapa pintu (sepatutnya, dekat sini korang dah blah) sebelum sampai ke tempatnya.
Meja Rendah, Bantal Warna Warni, Wanita Cina
Setibanya di ‘tempat upacara’, memang ianya seakan-akan tempat ‘upacara’ yang mana ada meja rendah (seakan-akan meja Jepun), bantal berwarna-warni dan seorang wanita China yang akan mulakan upacara meminum teh.
Hiasan dalaman tempat tu memang cantik dan korang tak akan meragui langsung. Pelbagai jenis teh akan dihidangkan kepada engkorang. Teh hijau, teh halia, teh hitam apa jenis teh pun ada. Sambil korang minum, sambil itu jugak macam-macam soalan akan diajukan kepada engkorang ni.
Umpan mengena – bila korang minum air teh ini, diorang ‘menang’. Sebabnya, kepala akan jadi pening dan sambil tu diorang masih dalam lakonan diorang dengan menjelaskan khasiat satu-satu teh yang diberikan. Lama-kelamaan, kepala menjadi berat.
Masa inilah korang akan ditunjukkan satu bil yang memang korang tak akan perasan pun berapa harganya. Korang terlampau pening untuk gunakan currency converter dan akhir sekali, korang terpaksa bayar segala duit yang ada dalam wallet tu. Kalau duit tak cukup, ini yang paling best. Sebelah ‘tempat’ ni ada mesin ATM. Jadi korang tak boleh nak lari.
Selepas korang bayar, dia akan bagi bil tersebut dan berakhirlah upacara minum teh tersebut sambil korang masih terpinga-pinga apa yang terjadi.
Menurut pengalaman mangsa, korang akan membayar sekitar 160 USD untuk beberapa cawan teh! Itu kalau duit Yuan – 1104 (jumlah ini akan ditulis dalam bil, dengan nombor yang mengelirukan, dan banyak ‘0’ dibelakang). Kalau diconvert ke duit Malaysia, korang kena scam RM 670 jugak lah untuk minum teh.
Maka, terpinga-pingalah korang selepas itu sebab bayar sebanyak itu hanya untuk minum teh. Jadi, harap berhati-hati dengan ‘Tea Ceremony Scam’ yang ada di Shanghai ni.
Artikel ini asalnya adalah perkongsian peribadi dan ia adalah berdasarkan cerita betul dan kejadian yang berlaku kepada salah seorang travel blogger yang memperkenalkan dirinya sebagai Sergi Mateo dan ditulis dalam bahasa Sepanyol dan diterjemahkan ke Bahasa Inggeris, kemudian ke bahasa Melayu dengan sedikit olahan untuk memudahkan pemahaman engkorang.
Artikel Asal : Destapando la estafa o timo de la ceremonia té en Shanghái