KLIA Alami Ganguan Sistem, Penumpang Perlu Hadir 4 Jam Awal





Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah mengeluarkan kenyataan berhubung gangguan sistem yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang telah menjejaskan jaringan internet, terminal informasi penerbangan, kaunter daftar masuk dan sistem pengendalian bagasi.

Gangguan yang berlaku malam tadi telah menjejaskan beberapa perkhidmatan penting di KLIA dan penumpang dinasihatkan untuk keluar lebih awal dan perlu tiba sekurang – kurangnya empat jam sebelum penerbangan.

Menurut jurucakap lapangan terbang, pihak mereka sedang berusaha sebaiknya untuk menyelesaikan masalah ini bagi memastikan kelancaran kesemua pengguna lapangan terbang tersebut.

Gangguan sistem ini dijangkakan akan berlarutan sepanjang hari.

Jadi, untuk mereka yang mempunyai penerbangan hari ini dan ianya dari KLIA, sila keluar awal dan berada di KLIA empat jam sebelum penerbangan ye.

Sementara itu, sebarang pertanyaan mengenai perjalanan boleh dibuat kepada CARE Ambassadors di lapangan terbang atau hubungi 03-8776 2000.

UPDATE TERKINI :

Ini keadaan di KLIA dan difahamkan KLIA 2 pun turut terjejas juga, video dari akaun twitter Tan Sri Tony Fernandes ;

 

Sumber : FreeMalaysiaToday

;