'Lauk Tengah Hari 2 Orang RM71' - Pemuda Terkejut Gerai Di Desa Pandan KL Cekik Darah!
TERKINISeorang pemuda meluahkan rasa terkejut selepas dikenakan caj makan tengahari yang tidak masuk akal iaitu sekitar RM71 untuk dua pinggan nasi berlauk.
Dalam gambar yang dikongsi, pemuda berkenaan menunjukkan resit makanannya di mana dua pinggan nasi berlauk dikenakan caj RM28 dan RM37.
Lauk yang diambil antaranya ialah ikan, petai, sedikit kuah, daging dan sotong.
Apa yang mengejutkan kata pemuda berkenaan, rupa-rupanya sotong bersaiz kecil yang dijual di gerai itu berharga RM2 seekor.
“Terkejut lunch break kena RM28 dan RM37 (tak termasuk air).
“Ambil sotong katanya kena caj RM2 seketul padahal sotong kecil-kecil gila,” katanya yang memaklumkan kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai di Desa Pandan, Kuala Lumpur.
Perkongsian pemuda itu mendapat perhatian ramai dengan ada yang berkongsi pengalaman sama hampir ‘terkena’ dengan gerai tersebut.
Terkejut Lunch Break kena RM28 & RM37 (tak termasuk air)...ambik sotong katanya kena caj RM2 seketol padahal sotong kecik2 giler...kat Desa Pandan...
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) January 25, 2023
Dari page : Warga Ampang. pic.twitter.com/BNL60LOtta
Kata pemuda bernama @mrfirdausjailan, dia pernah hampir dikenakan caj RM40 untuk sepinggan nasi putih berlaukkan ikan keli goreng.
“Pernah makan nasi putih lauk ikan keli goreng dengan kuah kari. Pergi kaunter nak bayar dia kata RM40. Tanya punya tanya rupa-rupa nya dia salah tekan nombor meja. Baru kerja jaga kaunter dah berani nak scam orang,” katanya.
Ada juga yang mendakwa gerai berkenaan gemar mengubah harga makanan ikut suka hati membuatkan mereka serik untuk berkunjung lagi.
“Kalau makan dekat gerai Desa Pandan depan McDonald tu kau stanby je lah RM100 hingga RM200 kalau makan dengan keluarga.
“Kedai dekat daripada drpd dulu lagi macam tu. Hari ini harga lain esok harga lain. Harga memang tak munasabah. Tobat tak pergi dah,” komen pula @FitriYangHaq.
Sumber: Malaysia Dateline