Marvel Kongsikan 10 Gambar Pandang Pertama ‘Captain Marvel’ di Youtube

TERKINI
September 06, 2018 - 03:20 PM


Bagi peminat siri Avengers, pastinya kemunculan filem terbaru iaitu Captain Marvel memang sangat dinantikan. Rasa macam lama pula untuk tunggu tahun 2019. Selepas Avangers Infinty Wars, filem terbaru Capten Marvel bakal menjadi antara filem yang "gembak".

Hari ini pihak Entertainment Weekly berkongsikan 10 gambar sebagai pandang pertama untuk filem Captain Marvel dalam bentuk video. 

Antara yang dapat dilihat adalah Brie Larson dalam persalinan rasmi Captain Marvel, Nick Fury sewaktu muda dan masih celik, the Skrulls yang tiba ke bumi serta banyak lagi.

Apa yang kita dapat jangkakan adalah sejarah di sebalik hubungan Nick Fury dan Captain Marvel dan disebabkan filem ini berlatarkan tahun 1990an, Nick Fury kelihatan jauh lebih muda dengan bantuan CGI.

Bila tengok video ini rasa macam tak sabar pula nak tunggu mereka keluarkan trailler.