Minta RM5,000 Untuk Bersiaran di TV Al-Hijrah, Suhaimi Saad Dikecam Lagi!

TERKINI
February 25, 2019 - 11:11 AM


Tak habis-habis cerita Suhaimi Saad ni.

Semalam, kecoh di media sosial mendedahkan bahawa penyanyi nasyid tersebut telah meminta bayaran sebanyak RM5,000 untuk bersiaran langsung di program Analisis Bersama Finaz Yunus bagi mengupas isu 'Flat Earth'.

 

Dalam posting Facebook program itu, pihak penerbitan TV Al-Hijrah didakwa menghubungi Suhaimi buat kali kedua untuk bersiaran di saluran tv islamik tersebut.

Bagaimanapun, Suhaimi meminta bayaran, sedangkan semua panel atau pakar profesional yang dijemput sebelum ini tidak pernah meminta apa-apa bayaran.

 

Ramai netizen beranggapan permintaan Suhaimi itu mengarut dan merupakan satu pembaziran memandangkan beliau tidak mempunyai kepakaran atau latar belakang pendidikan mengenai isu tersebut.

 

Malah, demand Suhaimi itu juga nampaknya tidak dilayan oleh pihak stesen tv berkenaan dan mereka beralih kepada cadangan untuk menerbitkan perbincangan beberapa isu penting untuk sesi Analisis Jumaat depan.

Sejak kebelakangan ini, program Analisis yang bersiaran langsung di saluran 114 Astro setiap Jumaat malam mendapat perhatian penonton apabila kerap menyiarkan perbincangan ilmiah yang berunsur kontroversi seperti Anti-Vaksin & Doula (Peneman Ibu atau Pengganti Doktor?).