Netizen Mula Terima Lagu Baru Dato Seri Vida Sayang Pulanglah Sayang





Dato Seri Vida (DSV) dan kontroversi memang tak dapat dipisahkan, namun selepas konflik yang melanda DSV dan Aishah membuatkan nama DSV sedikit tenggelam dan kisah Sajat dan Alif Syukri juga mungkin menjadi salah satu penyebab kenapa nama DSV mulai tenggelam.

Terbaru DSV kini keluar dengan single ketiganya hasil kolaborasi bersama Cat Farish dan Eddie G dengan lagu Sayang Pulanglah Sayang. 

Nampaknya lagu ini diterima baik oleh netizen yang rata-raya memuji lagi ini sedap didengar kecuali 20 saat terakhir di mana bahagian DSV rap yang agak gedik sedikit. Tapi masih tak boleh dinafikan bahawa lagu ini boleh di terima halwa telinga. Sekali dengar rasa nak dengar lagi. Kalau tak percaya cubalah dengar sendiri.

Sila cepatkan lagu ini kepada 1.25 untuk lagi sedap didengar!

Walaupubagaimana pun lagu ini sedikit terpalit kontroversi apabila dikatakan lagu asal adalah nyanyian Elizebeth Tan dan DSV mencaras lagu ini dari penyanyi bersuara angin tersebut. 

Menurut komen yang ditinggalkan oleh pencipta lagu ini iaitu Cat Farish lagu ini diberikan kepada DSV kerana masalah kontrak bersama Lizzy sudah tamat.

Salam to all, Tq utk comment yang ada sini. Byk soalan Pertama, kenapa DSV? Lagu ini adalah remake kerana artist sebelum ini telah menandatangani kontrak bersama label baru dan pihak kami mencari talent saya percaya & boleh membawa lagu ini seadanya. Keadaan ini melambatkan promosi kami (saya dan eddie g) lebih 7 tahun. DSV mengetahui perkara ini dan bersetuju utk bersama lagu ini. Modal kami bersama dan tiada keuntungan pun tetapi effort kami utk meneruskan riwayat lagu ini terbukti berkesan. Rakaman vokal DSV memang original dan saya tak edit pun. Baru raw duh... Dan ada patah lagu saja tidak dibetulkan kerana DSV mahu chorus lain lain lenggoknya. Saya tidak cut & paste sore dia. Rap memang sengaja saya produce begitu dan DSV baru lagi. Beri peluang ya semua. Tq semua dgn komen. - Cat Farish