Peraturan Larangan Merokok – Vape Dan Shisha Tak Masuk Senarai

TERKINI
January 02, 2019 - 11:25 AM


Salam 3 Meter! Mungkin itulah yang diucapkan pagi ni oleh officemate korang masa sesi minum pagi tadi kan? Atau mungkin dah ‘wish’ awal.

Macam yang kita sedia maklum, berkuatkuasa 1 Januari 2019, peraturan larangan merokok di semua premis makanan telah dijalankan. Tepat jam 12 malam tempoh hari, kebanyakkan kedai makan, terutamanya kedai mamak telah menyimpan semua ashtray dan menaikkan poster dan peringatan bahawa premis mereka kini adalah kawasan larangan merokok.

Walaupun begitu, rokok elektronik (vape) dan shisha serta seangkatan dengannya TIDAK TERMASUK dalam peraturan larangan ini. Ini yang dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkifly Ahmad.

Dalam masa yang sama, pihak kementerian masih dalam perbincangan untuk menguatkuasakan peraturan membabitkan vape dan shisha dalam masa terdekat.

Sementara belum dijalankan tu, peringatanlah untuk pengguna vape dan shisha ni. Kalau nampak ada warga emas, anak-anak kecil janganlah meriah sangat vape. Kalau shisha tu, kalau boleh sediakan kawasan khas untuk shisha.

Tapi, nak jugak diingatkan, ibu bapa yang bawak anak kecil ke kedai-kedai mamak ni, pilih lah lokasi yang jauh dari asap-asap ni. Simple. Kalau dah tahu bawak anak kecik, duduk bahagian dalam, bukan diluar. Nampak meja sebelah ada vape, duduk meja jauh sikit.  

Oh iye, peraturan larangan merokok ni, kalau kantoi, korang boleh dedenda sebanyak RM10,000 dan pengusaha restoran dikenakan RM2,500. RM10 ribu tu bukan sikit tau. Baiklah melangkah 3 meter baru merokok. Bayangkan berapa karton rokok pulak korang boleh beli dengan RM10 ribu tu. Hehe.