Perodua - Teaser model SUV terbaru berkapsiti 7 penumpang

VIRAL
December 17, 2018 - 05:31 PM


Sejak melancarkan model MyVI terbaru tiada apa yang banyak aktiviti oleh Perodua, kecuali persembahan konsep MyVI GT dan kereta konsep Illumination baru-baru ini di KLIMS. Facelift Alza pun dilancarkan senyap-senyap je. Tetapi sedar ke tidak Perodua telah memberi tease kepada model terbaru meraka berkapasiti 7 penumpang.

Dari dua gambar yang telah dikongsikan di FB page mereka kebarangkaliannya adalah sebuah model SUV. Setakat ini yang kita tahu adalah dilengkapi 6 airbag dan teknologi Advance Safety Assist.
 

Cuba korang perhatikan video dari Toyota untuk model Rush mereka. Lampu hadapan dan belakang mirip kan? Jika difikirkan kapasiti enjin Perodua juga tidak pernah lebih dari 1.5L juga sama seperti Toyota Rush.

Memandangkan Proton baru sahaja melancarkan model X70 tiada lagi model dari jenama lain yang mengisi pasaran berharga 70 - 80 ribu ringgit. Mungkin ini yang diniatkan Perodua. Apa-apa pun mari kita tunggu dan lihat. Kami jangkakan pelancaran model terbaru ni sebelum perayaan Tahun Baru Cina tahun depan.

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video