PMX Anwar Ibrahim Ucapkan Selamat Datang Kepada Coldplay?
Buat pertama kalinya, Coldplay iaitu kumpulan rock terkenal di British membuat konsert julung kalinya di Staidum Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang dijadualkan pada 22 November ini. ini telah menyebabkan ramai peminat tidak sabar untuk datang ke konsert itu dan tersebar luas di media sosial tentang kumpulan rock terkenal British itu, malahan tidak lupa juga Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengalukan kumpulan rock terkenal di British iaitu Coldplay di laman sosial rasmi beliau.
See you in November! @coldplay pic.twitter.com/ELOGxZWx1q
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) May 9, 2023
Menerusi di laman sosial Twitter rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengalu-alukan dan mengucapkan "selamat datang "kepada kumpulan rock terkenal British Coldplay yang akan menjayakan konsert di Kuala Lumpur.
Perdana Menteri mengucapkan selamat datang kepada Coldplay kerana atas jasa mereka yang telah menaja “Interceptor 005” untuk menjaga dan membersihkan sampah di sungai Malaysia. Malah Anwar Ibrahim juga berterima kasih kerana kerjasama dalam menjaga persekitaran dan memastikan dunia dalam keadaan bersih
Tidak lupa juga, netizen juga turut bergurau senda dan meminta tiket rahmah kepada Datuk Seri Nawar Ibrahim menerusi di ruangan komen Twitter rasmi beliau.
Ada tiket edisi #malaysiamadani tak? Nakkk
— Nik Amirul Faiz (@nafmy13) May 9, 2023
Coldplay mengesahkan bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 22 November depan. Kemunculan mereka pada konsert yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu bersempena dengan siri jelajah Music of the Spheres World Tour.
Selain Kuala Lumpur, Coldplay juga akan mengadakan persembahan di Tokyo, Jepun, Jakarta (Indonesia), Perth (Australia) dan di Taipei (Taiwan).
Siri jelajah Coldplay telah bermula sejak Mac tahun lalu dan kumpulan itu telah menjadi antara artis yang menjual tiket konsert terbanyak di dunia.