
Sepanyol Berkemungkinan Disingkirkan Pada Piala Dunia 2018
Persekutuan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan bahawa mereka telah menghantar surat amaran kepada Persatuan Persekutuan Sepanyol.
Surat amaran tersebut menyatakan bahawa pasukan bolasepak Sepanyol berkemungkinan disingkirkan dan tidak dibenarkan menyertai Kejohanan Piala Dunia di Russia pada tahun hadapan.
Ini berikutan daripada penangkapan presiden persatuan bolasepak negara berkenaan yang juga merupakan pegawai senior dalam FIFA dan UEFA atas dakwaan penyelewengan dana.

Walaubagaimanapun, delegasi daripada FIFA dan UEFA akan dihantar ke Madrid bagi meninjau kes berkenaan. Sementara itu, kerajaan Sepanyol dan Persekutuan Bolasepak mereka menegaskan bahawa pasukan bolasepak mereka tetap akan ke Piala Dunia di Russia 2018 dan memenangi piala tersebut.

Sumber : The Sun Daily
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video