Serangan Christchurch, New Zealand Pinda Undang-Undang Senjata Api

TERKINI
March 18, 2019 - 06:41 PM


Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern pada Isnin berkata, kabinet memutuskan untuk melakukan pindaan terhadap undang-undang senjata api dalam tempoh 10 hari, lapor agensi berita Xinhua.

Pembaharuan undang-undang senjata api itu dipersetujui oleh tiga parti perikatan iaitu Parti Buruh New Zealand, Parti Ulung New Zealand dan Parti Hijau, kata Ardern pada sidang akhbar selepas mesyuarat kabinet.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan butiran mengenai pindaan yang bakal dilaksanakan itu.

Pada perkembangan berkaitan, Ardern berkata satu majlis berkabung peringkat kebangsaan susulan insiden serangan ke atas dua masjid di Christchurch yang menyaksikan 50 orang maut dan 50 lagi cedera akan diadakan secepat mungkin.

Katanya, sebuah pasukan penyiasat juga akan dibentuk bagi mengenal pasti punca serangan pengganas di Christchurch itu.

Destination: