"Sudah La Hutang RM20, Maki Orang Lagi" - Pemandu E-Hailing Bengang Dimaki Penumpang Warga Asing
TERKINIKebanyakan pemandu e-hailing bersifat peramah dan penyabar terhadap penumpang mereka. Tapi lain yang jadi apabila kesabaran seorang pemandu e-hailing dicabar oleh seorang penumpang warga asing.
Penumpang warga Bangladesh itu buat hal macam-macam di dalam keretanya sehinggakan pemandu e-hailing tersebut naik angin sehingga penumpang terdiam.
Tambang yang dikenakan kepada penumpang tersebut lebih RM70 dan penumpang warga asing tersebut meminta untuk bayar RM50 dahulu 10 minit sebelum sampai ke destinasi namun pemandu hanya mendiamkan diri.
"Dapat satu Bangla ni, tambang ke destinasi RM70 lebih. Lagi 10 minit nak sampai dia baru beritahu yang duit dia tak cukup RM20. Kemudian dia minta kurang, sembang-sembang nak transfer esok" kata pemandu e-hailing tersebut yang enggan namanya disebut.
Sebelum itu, pengadu tersebut mendakwa lelaki Bangladesh itu memaksanya memandu dalam kelajuan 130km/j. Sekali lagi pengadu buat tak tahu saja dengan permintaannya itu kerana terikata dengan undang-undang jalan raya dan sudah tentu permintaan tersebut tak dapat diterima.
Kisah harini hari ni... dapat satu bangla ni…tambang rm 70 lebih…Lagi 10 minit nk sampai dia baru bagitau tak cukup duit rm 20 lebih... Lepastu mintak kurang sembang nk transfer esok.. aku diamkan aje..
— MYNEWSHUB (@mynewshub) May 24, 2023
Kedua, ketika memandu dia paksa2 aku untuk drive dalam kelajuan 130km/h..… pic.twitter.com/3kBVY1pBw3
"Masa saya tengah memandu, dia paksa-paksa saya untuk drive dalam kelajuan 130km/j. Dia pula ajar saya memandu, sampai suruh saya duduk di belakang dan biar dia memandu" kata pemandu yang ketika itu masih lagi sabar dengan kerenah penumpang Bangladesh itu.
Pemandu tersebut mendakwa dia ditengking, dimaki dan dihina oleh penumpang warga Bangladesh itu semasa dalam perjalanan ke destinasi. Selain itu, penumpang itu juga didakwa mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur perkauman.
"Dia mengeluarkan kata-kata bersifat perkauman seperti 'You lan*** Melayu bawa slow', pu***** punya ke***g'. Saya tahu saya hitam, tapi tak bermakna dia boleh memanggil saya seperti itu. Dengan bangga dia sembang dengan saya dia sudah berkahwin dengan orang Melayu" luah pemandu itu.
Berdasarkan video yang tular sejak semalam itu, kedengaran pemandu sudah mencapai tahap maksimum kesabarannya dan mahu membawa lelaki Bangladesh itu segera ke balai polis untuk selesaikan masalah tersebut.
"Kita pergi balai sebab you banyak susahkan saya tau. You hutang saya RM20, you maki-maki saya lagi. You jangan main gila sama saya! Police station mari! You dari Bangladesh, kasi hormat sama orang Malaysia!" tengking pemandu itu.
Tak kisah siapa pun korang dan apa jua pangkat sekali pun, diminta untuk semua jagalah percakapan dan hormat orang di setiap waktu ya.
Sumber berita : TheReporter