Syarikat Beri RM180 Kalau Turun 1KG, Hanya Di China

TERKINI
October 09, 2018 - 04:41 PM


Ini menarik! Cuba korang tag atau post dekat group whatsapp yang ada bos korang. Manalah tahu dia tergerak hati. Hihihi…

Cerita dia macam ni, sebuah syarikat di Guilin, China bermurah hati nak berikan ganjaran kepada pekerja. Kalau sebut ganjaran, ini biasanya bergantung kepada syarikat lah kan. Kalau syarikat lain, lain-lah ganjaran dia.

Apa yang menarik dan viral adalah syarikat ini anjurkan program pengurusan berat badan. Alah, macam realiti show ‘The Biggest Loser’ tuh.

Cumanya, syarat yan gditetapkan syarikat ini adalah dalam tempoh tiga bulan. Setiap pekerja yang berjaya turunkan berat badan akan mendapat ganjaran wang. Setiap kilogram diturunkan, habuannya adalah RM180.

Bila pengumuman program ini dibuat, maka ramailah pekerja syarikat  tersebut bersemangat nak turut serta. TAPI, ada syaratnya lagi. Sekiranya sertai program dan berat tak turun, maka pekerja akan dikenakan denda! Ha, barulah semua orang buat betul-betul. Bukan setakat submit nama je.

Ramai netizen memuji usaha ini, memang patutlah. Usaha elok, janganlah pandang pada duit yang bakal diorang terima, cuba fikir jauh sikit. Dalam masa yang sama, syarikat ni nak terapkan amalan hidup sihat lah ni.

Apa pendapat korang? Ok ke tak program macam ni? Ke benda macam ni kalau ada, dia ibarat ‘mengata’ pekerja yang berlebihan berat ni…