Tangisan Buffon Iringi Kekalahan Itali

November 14, 2017 - 10:41 AM


Nampak gayanya, Piala Dunia 2018 akan hilang serinya apabila pasukan Itali gagal untuk melayakkan diri mereka selepas hanya mencatat keputusan seri 0-0 menentang Sweden. 

Ini merupakan kali pertama Itali gagal melayakkan diri ke Piala Dunia sejak 1958. Kesemua pemain Itali kelihatan melutut sedih selepas tiupan wisel penamat perlawanan semalam dan highlight tentulah kepada penjaga gol veteran Gianluigi Buffon yang sememangnya akan bersara selepas Piala Dunia tahun hadapan.

Nampaknya, Buffon terpaksa berehat lebih awal. Apa yang menyedihkan Buffon adalah ia merupakan perlawanan terakhirnya bersama Itali dan mereka tersingkir. Buffon yang tidak dapat menahan kesedihannya kelihatan menangis ketika ditemuramah oleh Eurosport selepas perlawanan tersebut.

Buffon berkata : “ Kami bangga, kami pasukan yang kuat. Kami akan bangun semula seperti biasa kami lakukan. Saya akan meninggalkan pasukan kebangsaan yang tahu bagaimana untuk bangkit semula.”

Thank you Gigi Buffon!

 

p/s: Selain Itali tidak layak, Malaysia juga gagal melayakkan diri ke Piala Asia setelah tewas 1-4 kepada DPR Korea malam tadi…