[VIDEO] "Rampas Sepanduk, Larang Laung Allahuakbar" - Peserta Bengang Penganjur Himpunan Bebas Palestin Penakut!
TERKINISeorang wanita kecewa apabila penganjur Perhimpunan ‘Freedom For Palestine’ yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada Ahad (22 Oktober) -- didakwa melarang pesertanya daripada melaungkan Allahuakbar.
Menurut hantaran wanita tersebut di laman Facebook, penganjur dikatakan turut merampas sepanduk yang memaparkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai syaitan.
“Kami berulang kali diminta untuk tidak melaungkan Allahuakbar. Alasannya, himpunan ini adalah himpunan kemanusiaan yang melibatkan orang bukan Islam.
“Sekiranya benar, bukankah tanggungjawab (penganjur) untuk mendidik orang bukan Muslim untuk tidak takut dengan kalimah tersebut?,” ujarnya dalam hantaran sama.
Malah, wanita tersebut mendakwa pihak penganjur turut menggelar peserta yang membawa sepanduk Nentanyahu itu sebagai Zionis.
“Saya kecewa dengan penganjur. Bukankah Islam merupakan agama rasmi negara? Tak bolehkah kita sebut Allahuakbar dengan kuat?,” katanya.
Sementara itu, dalam aplikasi di TikTok -- seorang wanita yang menggunakan nama ‘Hajar’ kecewa apabila mendakwa penganjur menggelar para peserta himpunan itu bersikap sama seperti zionis apabila mereka membawa sepanduk dan plakad yang menggelar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai penjenayah perang.
Paling mengecewakan wanita itu apabila penganjur juga dilarang melaungkan ‘Allahuakbar.
“Anda mahu puaskan hati siapa? Anda dan kumpulan elit anda di atas pentas cuba melarang peserta tidak boleh buat ini dan itu.
“Anda beri amaran peserta jangan laungkan ‘Allahuakbar’ kerana mengatakan himpunan itu himpunan kemanusiaan,” katanya dengan nada marah.
Menyifatkan himpunan berkenaan sebagai gagal, wanita tersebut menegaskan penganjur sebenarnya tidak menumpukan tujuan himpunan sebenar iaitu untuk bersolidariti untuk Palestin.
Keadaan itu, dakwanya menyebabkan para peserta tidak mahu berada di kawasan perhimpunan sebaliknya berada di jalan raya untuk berkumpul sendiri.
“Betapa memalukan Viva Palestina Malaysia,” tambahnya.
@hejeres ♬ original sound - hajar 🇵🇸
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menggesa supaya penganjur Viva Palestina Malaysia iaitu Datuk Dr Musa Mohd Nordin memberi penjelasan terhadap dakwaan wanita berkenaan.
Himpunan berkenaan turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.
Dalam pada itu, pemilik akaun Facebook Burhan Zulkifli mendakwa himpunan solidariti negara bukan Islam lagi gempak.
“…Malaysia ni dah jadi pengecut dengan Israel,ibarat mulut kena zip..kenapa dah kena ugut?,” soalnya.
Seorang daripada para peserta himpunan itu, Muhd Mirza berkata, dia salah seorang yang hadir dan balik awal.
“Sangat kecewa dengan penganjur yang bacul.Bayangkan yang dekat tepi padang tu lagi keras demonstrasi berbanding yang atas padang. Laungan takbir pun penganjur tak bagi laungkan dan ada sepanduk yang dirampas sebab tunjuk relaiti kekejaman zionis,” katanya.
Amirul Asyraf pula turut menyelar Viva Palestina Malaysia dengan menyatakan: “Dia yang anjur…dia yang koyak. Macam pelik je”.
Seorang lagi pemilik akaun Facebook bernama Mat Ali bertanya “Penganjur baru keluar gua ke? Ada ke larang hate speech?
“Kalau demo tak tunjuk hate speech kepada pemimpin Israel? Nak tunjuk speech apa? Kalau tak benci sikap zalim Israel maka nak tunjuk demo apa?
“Palestin sendiri pun hate perangai buruk Israel zionis tetiba ada orang yang tunjuk demo kasih sayang? Penganjur kalau tak faham apa erti kemanusiaan dan kekejaman lebih baik jangan sibuk buat demonstrasi Palestine….biar orang yang faham handle,” ujarnya.
Sumber: KOSMO! ONLINE & Malaysia Gazette