[VIDEO] Sanusi Buat Hal Lagi! Label Wanita Sebagai "B*tina", Tetap Ketegaq Tak Mahu Minta Maaf!

TERKINI
November 14, 2022 - 03:31 AM


"Ketegaq sungguh hang noh!"

Itu yang dapat disifatkan terhadap keterlanjuran perkataan dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang menggunakan ‘betina’ bagi merujuk calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Sik, Maizatulakmam Othman.

Tindakan Sanusi mendapat kecaman ramai pihak terutama aktivitis wanita yang didakwa mereka ianya  langsung tidak sesuai untuk digunakan kerana ia acap kali digunakan kepada binatang.

Selepas video ucapan perkataan 'betina' itu viral di media sosial dan menjadi perdebatan hangat dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-15 di Kedah -- Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu tetap tidak mahu meminta maaf, malah mempertahankan kenyataan dibuatnya adalah dalam konteks geografi dan geopolitik di Parlimen itu yang memerlukan seorang Ahli Parlimen lelaki untuk mewakilinya.

"Ceramah saya itu dalam dialek kampung saya, ceramah itu dalam konteks Sik dengan geografi, sosioekonomi, sosiobudaya, geopolitik, bentuk muka bumi, sikap penduduk, kawasan luar bandar, kawasan hutan dan mempunyai jarak jauh.

"Kesesuaian calon hendak diundi di Sik itu ialah lelaki. Itu satu hakikat, bukan saya seksis," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah di program Ceramah Umum Pilihan Raya ke-15 Perikatan Nasional di Padang Serai.

Sanusi dalam siri ceramahnya sebelum ini dilapor mempertikai keupayaan wanita untuk menjadi Ahli Parlimen di Sik yang kemudiannya mendapat reaksi pelbagai pihak mengecam kenyataan itu.

Parlimen Sik menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara calon Perikatan Nasional (PN) Ahmad Tarmizi Sulaiman, calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Latipah Md Yatim dan Maizatulakmam Othman daripada Barisan Nasional (BN).

Ditanya mengenai desakan pihak tertentu supaya beliau meminta maaf berhubung kenyataan itu, Sanusi berkata pihak berkenaan perlu memahami dialek Sik.

Bagaimanapun, beliau mengakui dalam sesetengah keadaan, wanita lebih ke hadapan berbanding lelaki dengan mengambil contoh bilangan wanita melanjutkan pengajian tinggi berbanding lelaki.

Sementara itu, Pengerusi PN Kedah itu turut memohon maaf berhubung kenyataan Ketua Pemuda PAS Sik Mohd Shahiful Mhd Nasir dilapor menyatakan mengundi BN dan PH pada PRU15 akan masuk ke neraka. 

@paskbb #mbsanusi #mbkedah #sanusimdnor #sikkedah ♬ original sound - PAS Kulim Bandar Baharu
Destination: