"Dah Kahwin Pun Berdenyut Tengok Gambar Lelaki" - Netizen Kecam Wanita Tinggal Komen Miang Terhadap Pemenang Pingat Perak Sukan Komanwel

GAYA HIDUP
August 10, 2022 - 12:49 PM


Sukan Komanwel 2022 baru sahaja melabuhkan tirainya, dan pasti ramai yang bangga dengan pencapaian atlet-atlet kebangsaan yang berjaya membawa pulang sebanyak 23 buah pingat termasuk 7 pingat emas, 8 pingat perak serta 8 pingat gangsa.

Skuad angkat berat merupakan antara penyumbang besar dalam Sukan Komanwel kali ini, mereka berjaya menyumbang 2 pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa.

Antara trend para atlet yang berjaya meraih pingat adalah dengan memuat naik gambar mereka "tidur" bersama pingat-pingat mereka.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by erry_strong (@erryhidayat)

Atlet yang menyumbangkan pingat perak dalam acara 73kg lelaki, Erry Hidayat baru-baru ini menjadi sebutan ramai kerana gambarnya bersama pingat perak yang dimenanginya mendapat perhatian ramai. Lebih-lebih lagi para wanita.

Ada yang memberi komen positif dan tak kurang juga yang memberi komen berbaur lucah. Senang kata komen-komen miang dari wanita. Gangguan seksual bukan sahaja berlaku terhadap wanita tau. Yang lebih memalukan ada di kalangan mereka yang sudah berkahwin.

Destination: