"Rumah Atap Kuning" - Port Makan Berkonsep Talam Dengan Suasana Kampung Di Kuala Kangsar

FOODIE
November 30, 2023 - 01:37 PM


Mahu pelanggan menikmati suasana seperti pulang ke kampung halaman -- seorang bekas setiausaha syarikat menjadikan kediamannya sebagai rumah makan yang menawarkan masakan kampung yang digelar Rumah Atap Kuning.

Lebih menarik, masakan kampung yang enak akan dihidangkan di dalam talam bagi membangkitkan nostalgia masa silam, sambil dikelilingi keindahan alam termasuk sawah, denai dengan ditemani keriuhan bunyi ayam dan itik, berlatar belakangkan suasana matahari terbenam.

Zaida Mohamed Abdul Aziz, 51 tahun menganggap pelanggan yang datang ke rumah tradisional Perak itu ibarat tetamu yang datang dari jauh untuk menikmati hidangan hasil air tangannya.

"Terdapat dua pilihan hidangan iaitu Talam A dan Talam B dengan harga RM140 bagi satu kumpulan empat orang atau RM35 sekepala," katanya ketika ditemui di Rumah Atap Kuning di sini baru-baru ini.

Antara menu yang dihidangkan ialah gulai lemak ikan patin bersama tempoyak, gulai ayam kicap, ayam rendang daun puding, gulai itik, rendang pucuk paku taik minyak, asam pedas telur itik, gulai lemak telur itik dengan belimbing buluh, puyuh salai, ikan pekasam, sambal gesek dan ulam-ulaman.

Destination: