
5 Mall di KL Best Untuk Shopping Raya Tahun Ini, Siap Dengan Deko Yang Gempak Lagi
GAYA HIDUPPejam celik dah separuh Ramadan dah berlalu. Buat warga kota, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk membuat persiapan sebelum masing-masing meninggalkan kota sepi dengan warga asing.
Bagi mereka yang ingin mengelak kesesakkan ketika membeli belah seperti Jalan TAR, korang boleh lah usha di shopping mall yang menawarkan harga serta kualiti yang baik. Ketika ini, kesemua shopping mall pastinya berlumba-lumba untuk menawarkan harga terbaik dan tampil dengan dekorasi raya tergempak.
Di lembah klang, pastinya terdapat banyak senarai shopping mall yang boleh korang bersantai sambil shopping dalam suasana raya yang paling nostalgia orang kata. Kami senaraikan 5 shopping mall yang sering menjadi pilihan dikala raya menjelma.
5. Alamanda
Alamanda antara shopping mall yang meriah bila tiba hari raya. Lokasinya yang terletak di Putrajaya menjadi pilihan buat kakitangan kerajaan membuat persiapan syawal. Tahun 2025 Alamanda tampil dengan dekorasi yang berlainan apabila menjadi warna biru sebagai tema raya tahun ini. Macam pergi ke alam fantasi pada hari raya pula bila datang sini.
4. Pavilion, KL
Setiap tahun Pavilion KL akan tampil dengan dekorasi yang paling nostalgia, jika kita perhatikan dekorasi raya di Pavilion KL hampir sama setiap tahun, namun itulah yang menggambarkan hari raya bila beraya di kampung.
3. IOI City Mall, Putrajaya
Di bulan puasa, IOI City Mall akan menjadi tumpuan orang ramai. Jika datang nak berbuka puasa kat sini pastikan membuat tempahan terlebih dahulu. Tapi jika nak shopping raya, korang boleh je datang melenggang sambil lepak menikmati dekorasi raya kat sini. Tahun 2025 IOI City Mall bertukar seperti padang pasir apabila mengangkat tema arab sebagai dekorasi.
2. AEON MALL
Rasanya diantara senarai yang ada, AEON MALL paling dekat dengan orang Melayu. Lagi satu AEON MALL ni ada dekat seluruh Malaysia. Jadi bagi korang yang tak sempat nak buat persiapan di KL, boleh juga sambung persiapan raya korang di AEON MALL dimana kampung anda berada. Tahun 2025, kesemua AEON MALL di Malaysia tampil dengan konsep nostagia seloka raya bersama Tom & Jerrry. Inii memang mengimbau memori kita dulu-dulu yang boleh dikongsi bersama anak-anak kita.
Paling best di 28 buah AEON MALL ini juga menawarkan ganjaran menarik buat korang. Selain shopping korang juga boleh dapatkan sesuatu secara pecuma jika bertandang ke sini. Antaranya korang boleh dapat:
1. AEON MALL x TRACEY Micro Bag
Dengan kombinasi 3 resit dalam satu hari berbelanja korang layak dapat beg mikro Tracey yang super cantik. Tapi kena berbelanja RM1,000 (Bukan Ahli) atau RM800 (Ahli) dahulu.
2. Special Edition Tom and Jerry Mug & Money Packets
Mug
Belanja RM680 (Bukan Ahli) atau RM580 (Ahli) untuk dapatkan Mug yang comel dengan 3 resit dalam satu hari berbelanja.
Money Packets
Dengan berbelanja RM280 (Bukan Ahli), RM180 (Ahli) korang boleh dapat duit poket tau. Kira duit raya lah ni. Tapi kenalah dalam 2 resit pada hari yang sama korang berbelanja.
Malaysia’s First Seloka RAYA Parade!
Istimewanya tahun ini,AEON MALL juga akan mengadakan perarakkan seloka raya dengan maskot Mochi & Orange yang segak dan cantik berbusana baju tradisional Melayu. Korang juga berpeluang untuk beergambar bersama dengan maskot yang comel ini.
1. Mid Valley Megamall
Antara mall terbesar di Malaysia. Mempunyai 4 sayap pastinya akan membuat korang selalu keliru untuk jalan-jalan kat sini. Tapi jangan risau kat tengah-tengah tu ada dekorasi raya yang gempak. Kalau sesat suruh je tunggu kat situ. Cuma parking mungkin susah sikit. Alternatif boleh parking dekat The Gardens ataupun KL Eco City Mall.