Wiko Lancar Smartphone Terbaru View 2 Pro Dan Anda Boleh Dapatkan Percuma di Sini!

GAYA HIDUP
May 30, 2018 - 03:42 PM


Jenama Wiko mungkin tidak segah jenama-jenama pengeluar telefon pintar yang ada di Malaysia. Namun, Wiko mensasarkan untuk menjadi salah sebuah pengeluar yang bertindak sebagai ‘Game Changer’.

Ini juga bermakna mereka komited terhadap inovasi dan perubahan. Ini juga boleh dilihat dengan jelas dari logo mereka. Logo Wiko menggunakan warna Bleen, yang merupakan gabungan Blue (blue) dan Green (cyan). Jenama yang tampak menarik kepada golongan muda.

Terbaru, jenama yang berasal dari Perancis ini memperkenalkan ‘ahli’ baru dalam keluaran mereka di MWC2018 Barcelona (Mobile World Congress), dan salah satunya ialah Wiko VIEW 2 PRO!

Wiko View 2 Pro kemudian menjadi salah satu telefon mudah alih yang paling dibincangkan di dunia.

Daripada segi rekaan, memang nampak ekslusif dan ‘chic’. Namun, sebenarnya, ada banyak lagi topik yang boleh kita bincangkan berkenaan VIEW 2 PRO ini.  Ini sebahagian daripada Plus Point yang kami nak highlightkan...

Plus Point :

#1 -

Jika kita perhatikan, untuk model View 2 Pro ini, Wiko menggunakan skrin penuh paparan bersaiz 6” HD dan yang paling penting skrinnya mempunyai lekuk yang berbentuk U. Lekuk ini membuatkan keseluruhan skrin digunakan secara menyeluruh. Itulah yang dimaksudkan dengan kempen mereka iaitu “More-More Space”.

Dengan ratio dan reka bentuk skrin yang mempunyai 19 : 9, ini menjanjikan imej yang dipaparkan sangat cantik dan betul-betul memenuhi segenap ruang paparan skrin telefon tersebut.

Oh, dengan lekuk berbentuk U pada skrin tersebut, bahagian atas telefon pintar Wiko ini menjadi sangat berguna jika nak dibandingkan dengan model telefon lain yang kebiasaannya kosong dan hanya ada speaker dan kamera sahaja.

Lekukan U pada skrin membolehkan segala notifikasi, permainan muzik dan bermacam lagi maklumat dipaparkan di kawasan tersebut.

#2 -

Dilengkapi dengan Qualcomm Octa-Core 1.8GHz Processor dan RAM 4GB, View 2 Pro sangat responsif dan anda boleh melakukan pelbagai task dalam satu masa.

Dari segi memori, ia dilengkapi dengan 64GB ROM serta ruangan penstoran memori tambahan microSD yang menyokong sehingga 256GB.

 

Secara tidak langsung, menjanjikan penstoran imej berkualiti tinggi dan apa yang kami nak tekankan disini adalah Wiko View 2 Pro ini mempunyai fungsi dual camera yang sememangnya awesome!

#3 –

Selain mempunyai dual camera, Wiko View 2 Pro juga dilengkapi dengan fungsi video stabilization pada kedua-dua kamera! Ini menjanjikan video yang diambil lebih berkualiti dan yang paling penting, video yang stabil tanpa ada gegaran.

Wiko View 2 Pro ini dilengkapi dengan kamera belakang 16MP ditambah dengan 8MP f / 1.75. Manakala kamera depan pula juga dilengkapi dengan kamera beresolusi 16MP. Ini menjanjikan ‘selfie’ korang memang meletop lah, lagi-lagi dalam keadaan ‘low-light’ dengan aperture f/1.75, serta Big Pixel technology dan juga fungsi PDAF.

Selain itu, untuk mengambil gambar panorama, Wiko View 2 Pro mempunyai kamera berlensa luas 120 darjah selain mempunyai fungsi slow motion dan paling penting adalah fungsi blur artistik untuk mendapatkan effet ‘bokeh’ sama seperti yang terdapat pada kamera iPhone.

#4 –

Apa yang kami suka pada Wiko View 2 Pro ini adalah fungsi pengimbas muka! Ya, peranti ini menyokong fungsi face unlock yang menjanjikan tahap sekuriti tingkat tinggi.

#5 -

Plus point paling penting adalah ia mampu milik! Dengan pelbagai fungsi yang boleh dikategorikan sebagai ‘high-end’, Wiko View 2 Pro dijual pada harga RM999 dan pra-tempahan bermula hari ini sehingga 11 Jun, eksklusif di 11street!

Selain itu, 100 pelanggan pertama akan menerima hadiah bernilai RM318! Memang berbaloi! Sudahlah telefon mampu milik, dapat free gift bernilai RM318 lagi.

Anda boleh mendapatkan Wiko View 2 Pro ini di 11street. Klik sahaja pada pautan dibawah.

www.11street.my/store/wiko

Tunggu! ada Lagi.

ANDA BERPELUANG MEMENANGI Wiko View 2 Pro !

Bersempena dengan pelancarannya pada hari ini, eksklusif di Rileklah, Wiko ingin memberikan 3 unit telefon pintar secara PERCUMA dan salah satunya adalah model View 2 Pro!

Apa yang anda perlu buat ?

Langkah #1 : FOLLOW Page Facebook Rasmi Wiko Malaysia & Rileklah

Langkah #2 : SHARE Post ini (pastikan post anda di set kepada 'public', jika tidak kami tidak dapat melihat post anda!)

Langkah #3 : Pastikan anda menghasilkan slogan kreatif menggunakan ayat "More More Space" di kapsyen semasa anda kongsi post ini (langkah 3) dan sertakan hashtag berikut pada perkongsian anda di FB : #wikomobilemy #moremorespace #view2pro. 

Langkah #4 : Submit penyertaan anda dengan mengisi penyertaan dibawah. Pemenang akan dipilih berdasarkan slogan yang paling kreatif dan juga jumlah ‘like’ paling banyak.

p/s : Sila baca syarat-syarat penyertaan dengan lengkap ye.

Dah submit? Jangan lupa share dan pastikan rakan-rakan anda like posting anda tu ye. Cubalah, mana tahu dapat phone raya =)

Cuba tengok video pengenalan Wiko View 2 Pro ini! Anda pasti jatuh cinta…

Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan Wiko View 2 Pro ni, boleh lah terus ke laman sosial dan Facebook Wiko.

Facebook :

Website: Wiko 

Instagram: Wiko Mobile Malaysia

YouTube: Wiko Mobile Malaysia